PPP adakan mesyuarat tergempar bincang kedudukan dlm BN

MStar |
[...] Mesyuarat tergempar itu dijadualkan berlangsung pada jam dua petang manakala sidang media akan diadakan pada jam 3 petang ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden Kanan parti itu, Datuk Lee Heng sebentar tadi.

“Ya, petang ini kami akan mengadakan mesyuarat tergempar bersama anggota Majlis Tertinggi untuk membincangkan mengenai kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN),” katanya kepada mStar Online hari ini.

Semua anggota Majlis Tertinggi parti itu dijadualkan akan hadir pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat tergempar pada petang ini akan turut dipengerusikan oleh Lee Heng sendiri.

Beliau juga mengesahkan bahawa Presiden parti, Datuk M.Kayveas tidak akan hadir.

Difahamkan, pada ketika ini Kayveas berada di luar negara atas urusan kerja dan beliau dijadualkan pulang ke tanah air pada 24 Disember ini.[read more]
Heheh ... Kayveas kat luar negeri, dijadualkan pulang 24 Disember. Tapi meeting petang ni. Biar betul. Kita lihat sapa kena ... Wakakakak

3 comments:

Anonymous said...

Rasanya seperti Kayveas nak kena tendang dari PPP.

Putra IJ80 said...

Ibarat melukut ditepi gantang,ada pon tak menambah,tak de pon tak rugi apa apa,.

Buet hambehkan boras saja.

Unknown said...

Kah.. kah... gatal pun tak garu, sedap pun tak rasa!