Bila aku tengok gambar di atas ... aku teringat gambar di bawah,
Cuma bezanya Shah Rukh Khan tak pakai keris dan UMNO tak pakai sampin style P Ramlee... wakakak
Dan mungkin dia tak jerit "Hidup UMNO !!!" Tapi mungkin di dalam hatinya ada jerita "Hidup Bollywood ... sapno yoko yoko !!! ".... wakakakaka
Apa apa pun, nasib baik lah Shah Rukh Khan tu Bintang Bollywood. Kalau dia rakyat malaysia, mungkin awal bulan Januari nanti, nama dia masuk senarai calun UMNO menentang Mat Sabu di Kuala Terengganu. Jenuh Mat Sabu berkempen ... wakakakak .
Apa apa pun, tahniah lah kepada Shah Rukh Khan kerana tak payah bayar mahal mahal untuk dapat Datuk. Walaupun di katakan Datuk kat Melaka adalah antara Datuk yang paling murah ... Wakakakk ...Prrrooootttt !!!
Cerita pasal Datuk Melaka ni ... aku pun borak ngan kawan. Cerita nya cam ni,
"Ishhhhh ...tak cukup lagi." kata Shukri.Kalau nak murah lagi ...cari Datuk Mindanao. Kawan aku ada sorang tu, dia dapat DatuK Mindanao. Asal Datuk cukup la. Wakakakak ... Tapi bila orang dah tau ... Ishkkkk .. mana nak sorok muka. Apa nak buat... dah sampai masa nya untuk orang bermegah megah dengan pangkat. Mungkin kalau ada Datuk ... mati nanti, keranda besar sikit kot. Wakakakak .....
"Napa ri ... ?", tanya aku.
"Nak beli Datuk ... wak", jawabnya.
"Berapa nak kena bayar?", kata Shukri lagi.
"Kalau kat Melaka, RM50,000 boleh dapat.", kata dia lagi.
"Nak buat apa dengan title DATUK?", kata aku lagi.
"Ishkk ... nko jangan main main. Kalau ada DATUK, ada kelas." jelas Shukri.
"Udah la ... nko check la, berapa ramai Datuk yang kerjanya asyik menipu sekarang ni?", kata aku.
"Ehhhh.... sorry bro, itu DATUK lain, aku DATUK lain.", Shukri cuba jelaskan.
"Baik nko belajar berlakun kemudian kau gi ke India jadi artis. Bila dah jadi artis, nko gi Melaka, buat filem. Lepas tu Ketua Menteri Melaka, mesti bagi kau Datuk ... wakakakakak", cadangan aku pada Shukri.
"Nko main main kan aku Wak !!!.", marah Shukri.
"Dak ... dari nko simpan duit beli Datuk, baik nko repair kereta Satria kau tu ... wakakaka" kata aku dan di sambut ketawa Shukri.
Sedang berceita dalam kepala aku terpikir jugak, bila lah agaknya artis kita nak dapat anugerah kehormat dari negara luar. Tak dapat bayangkan kalau Afdlin Shauky dapat anugerah tertinggi kerajaan India atau Salleh Yaakob dapat anugerah dari kerajaan Afrika. Jika tak mau jauh pun ..... Shamsul Ghau Ghau dapat anugerah dari Kerajaan Thailand ... wakakakak ..
Ehhh ... orang negara luar tak buat kerja cam ni kecuali Melaka. Wakakakakak
2 comments:
memang tak pegang keris ....memang tak pakai samping p ramlee... tapi yg sebelah isamudin tu mcm lebih kurang lebih je hik hik hik
"sapno yoko yoko !!! ". " Ji haaa" muakakakakakkakakaakaa
Post a Comment