Tolong jangan nyusah kan aku ... boleh tak?

http://www.ljplus.ru/img/m/a/madeinmoscow/BerkeleyAntiSweatshopProtest2.jpg
Ketika menonton TV tentang lapuran ancaman bogel oleh mamat mamat Reformis, memang menyusahkan aku. Nasib aku baik kerana sempat tutup TV. Alhamdulillah .... tapi anak anak aku tercengang, "Kenapa babah tutup TV?" ... aku tak dapat jawab. Sungguh mengecewakan.

Ada 2 benda yang aku nak highlight sikit hari ni.
Pertama,
Ape ke bodohnya Reformis ni nak berbogel untuk tuntut perhatian. Aku tak dapat bayangkan betapa .. saiz yang perlbagai itu di dalam keadaan yang tanpa seurat benang. Cuma yang nampak berjalur urat urat di perut dan pinggul. Bayangkan kalau ada antara mereka yang saiz tubuhnya, 36, 44, 40. Dia ni lah yang paling menonjol antara yang ramai ramai. Korang bayangkan, diseluruh dunia orang protes bogel kerana nak hentikan peperangan, korang protes bogel sebab harga rumah naik. Tak ke pelik namanya.

Kedua ...
Kenapa TV nak sangat tunjuk tajuk berita cam tu? Kalau pun ada agenda politik, tapi jangan di kecoh kecoh waktu prime. Nanti anak bini tengok, masalah buat ketua keluarga, terutama ibu dan bapa.
Kenapa aku cakap cam tu?

Bayangkan kalau anak yang anda bawa ke shopping complex bertindak membogelkan diri kerana kemahuan diorang tak di layan ... mana aku nak letak muka? Dan,

Bayangkan kalau bini korang nak minta baju kebaya harga RM1,200 dan korang tak cukup duit nak beli .. Dan dia juga bogel juga ... mana aku nak letak muka? Dan,

Bayangkan kalau aku gi tempat parking dan kena bayar parking mahal, sedangkan minggu lepas parking tu FREE .. lalu aku juga bogel ... mana aku nak letak muka?

So .. korang jangan ajar yang bukan bukan. Dan kalau korang adalah antara manusia yang moden, tolong jangan tunjuk depan anak dan keluarga aku kerana aku masih berbudaya dan bertanggung jawab untuk tidak meninggalkan anak bini di dalam keadaan bogel sambil angkat poster di pasar raya.

Aku tau korang tak berani nak buat, tapi kenyataan korang tu boleh menyebabkan orang lain nak cuba. Aduiii ... aku tak dapat bayangkan kalau ada antara keluarga aku masuk dalam berita TV di dalam keadaan bogel. Dimana aku nak RAYA tahun depan?

Klik berita lain - Anwar sasaran baru 'perang bogel'

1 comment:

. said...

Bro,

Kalau berbogel macam dalam gambar tu, nanti ramai yang BERAYA sakan!