500 orang sertai pakatan mayat Kugan

Mayat mendiang Kugan dibawa keluar
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Mayat suspek curi kereta yang mati ketika dalam tahanan polis, A. Kugan dibawa keluar oleh ahli keluarganya dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pukul 2 petang ini.

Mendiang Kugan dibawa menaiki kereta keluarga menuju ke tempat tahanannya di Balai Polis USJ 8, Taipan, Subang Jaya, dekat sini.

Difahamkan, keluarga Kugan akan melakukan upacara sembahyang di balai polis berkenaan sebelum mayat lelaki berusia 22 tahun itu dibakar di Batu 14, Puchong.

Kira-kira 500 orang menyertai perarakan pengebumian itu dan keadaan dilaporkan tegang apabila sebahagian daripadanya cuba menghalang tugas-tugas polis yang mengadakan kawalan. – Utusan

No comments: