Keluar BN, kejutan kedua bakal berlaku di Perak dalam masa terdekat?

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Perak akan dikejutkan lagi dengan tsunami politik kali kedua selepas Adun Bota, Dato' Nasharudin Hashim mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) baru-baru ini.

Sumber Harakahdaily memaklumkan, dalam masa terdekat seorang lagi wakil rakyat Umno akan membuat pengumuman keluar parti dan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

"Seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media dalam masa terdekat bagi mengumumkan keputusan meninggalkan Umno/BN," kata sumber itu.

Sumber memberitahu, wakil rakyat berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (umno), meletak jawatan sebagai Adun atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat. [read more]

No comments: