ADUN Bota dari Umno sertai PKR

[...] Nasarudin juga merupakan Pengerusi Felcra Berhad sejak Oktober 2006.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya. [read more]

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
..................................

Nak lompat, silakan...tetapi alasan untuk kepentingan rakyat sangat dangkal dan jengkel..apa kena mengena secara langsung, rakyat tempatan tidak perlukan parti, mereka perlukan pembangunan yang adil untuk rakyat atau ADUN Bota ini yang sebenarnya yang 'gagal'.

Unknown said...

Tahniah dan syabas kepada YB kerana berani membuat perubahan dan meletakkan harapan rakyat di Bota sebagai perkara utama.

Percayalah sekiranya YB beralih arah dengan ikhlas demi kebaikan rakyat, YB akan dirahmatiNya.

tok iskandar said...

keputusan yang dibuat oleh YB Dun Bota sangat tepat dan kena pada masanya.UMNO sudah menghampiri zaman kepupusannya.

Di Pahang juga sedang bergolak dengan kes rasuah politik melibatkan tokoh profail tinggi yang merupakan rakan karib khairi jamaluddin iaitu Norza Zakaria.

Semalam Menteri Pelajaran,Datuk Seri Hishamudin selaku Ketua Pemuda UMNO terpaksa turun ke Temerloh untuk mententeramkan ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang menjadi buruan SPRM.Khabarnya lebih banyak tangkapan akan dibuat dan sasaran SPRM seterusnya ialah UMNO Bahagian Kuala Krau yang diketuai oleh Ismail Said.

Khairi Jamaluddin pula dikatakan berang dengan permainan politik licik kem Najib yang menjatuhkan orang kanannya Norza Zakaria.

Terdapat ahli UMNO yang disoalsiasat oleh SPRM di Pejabata pelajaran daerah Temerloh dan di antaranya Ustaz Ishak(Penyelia Agama Islam Pejabat Pelajaran Daerah Temerluh)

UMNO Bahagian Kuala Krau,Jerantut dan temerloh telah bekerjasama menjatuhkan norza zakaria.

Encik Ahmad sanusi adalah pegawai senior di Pejabat pelajaran daerah Temerloh yang juga merupakan abang kepada Ismail Said(MP Kuala Krau).

PPD Temerloh,Tuan Haji Nadzri pula baru bertukar dari PPD Jerantut.Mainan politik UMNO di PPD Temerloh sudah lama dan ramai guru-guru yang pro pembangkang ditukarkan serta-merta ke kawasan pedalaman.

terdapat khabar angin mengatakan penyokong Khairi dari kalangan guru-guru juga akan ditukarkan.pegawai yang bertanggungjawab menukarkan guru-guru ialah encik Laily.

Pegawai khas kepada Hishamudin ialah Datuk Azmi yang merupakan bekas Pengarah Jabatan pelajaran Negeri Pahang.

seorang pegawai PPD Temerloh yang berasal dari rembau,mohd Ali baru beberapa bulan menjadi guru besar SK Jalan bahagia.sebelum beliau,Aminuddin adalah gurubesar SK Jalan Bahagia yang juga setiausaha umno bahagian temerloh ketika itu dan pernah menjadi setiausaha sulit saifuddin Abdullah(MP Temerloh dan timbalan menteri Pembangunan usahawan).

Ketika beliau menjadi gurubesar,uniform pengawas yang selama ini berwarna hijau telah ditukarkan kepada biru.Usia beliau menjadi setiausaha sulit saifuddin tidak lama dan sekarang menjadi Gurubesar SK Paya Pulai.

Betapa fanatik dan phobianya UMNO di temerloh terhadap kehadiran pembangkang.

Di pihak Khairi,sudah tentu dijangkakan tindakan balas yang akan mengemparkan kem Najib.Jika khairi hendak bertapak di Temerloh,beliau perlu menyingkirkan kem Najib yang bertapak kukuh di JPN Pahang dan PPD Temerloh serta UMNO Bahagian Temerloh.