Tindakan SPRM tidak jejas UMNO

TEMERLOH 24 Jan. - Pemilihan pucuk pimpinan parti tidak akan terjejas dengan isu politik wang kerana para perwakilan sudah cukup matang untuk memilih calon yang berkelayakan bagi memimpin mereka.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau percaya ahli UMNO akan terus berjuang walaupun ada segelintir mereka yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertentu telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah.

''Kita tidak patah semangat dan akan terus berjuang di semua peringkat termasuk mendekati rakyat yang memerlukan pembelaan kerana perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara belum berakhir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan para pegawai pelajaran seluruh Pahang di sini hari ini. [read more]
Patah tumbuh, hilang berganti. Semuanya sama. Wakakakak !!!

No comments: