perakexpress |
Ramai yang terpesona tiba tiba Gani Patail menjadi seorang yang alim dalam hal perundangan dan mematuhi rule of law dialam kes Kugan anak India yang mati dalam tahanan polis, ketika Musa Hassan rakan bersekutu gangster dan Datuk Khalid Ketua Polis Selangor berdolak dalik mencari alasan.
Gani Patail menjadi hero celup apabila mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh,. Sebenarnya Gani Patail bukannya hero tetapi menjadi penyelamat kepada sindiket dan pendedahan yang lebih besar. Sudah banyak kes yang dikendalikan oleh Gani Patail terutama kes berprofil tinggi membawa kepada penutupan kes dan tiada rayuan dikemukakan selepas Hakim menolak kes.
Saya harap tidak ada diantara pemimpin politik dan ahli keluarga Kugan yang terpesona dengan janji Peguam Negara yang kita amat kenali sebagai ahli bersekutu bersama ketua Polis Negara dengan penjenayah dan gangster di Aalaysia. Ambil sahaja iktibar dari kes Altantuya yang mana banyak dari keterangan saksi dan bukti digelapkan oleh jabatan ini. Dan yang lebih malang lagi kita jangan lupa yang Gani Patail antara orang yang menyorok bukti serta mereka cipta bahan kes dalam Kes Anwar dan masih dalam siasatan. Gani Patail juga pernah menggugurkan kes bunuh berprofil tinggi di Sabah.
Diharap pemimpin pembangkang segera mendesak agar kes ini diambil alih suruhanjaya khas bagi mengelak sekali lagi lakonan pendakwaan dan siasatan yang berakhir dengan penuh tandatanya. semua orang sedia maklum siapa Gani Patail dan Musa Hassan, proksi terbesar kepada penjenayah, gangster dan perasuah.
Lawan tetap lawan
Reformis Muda
2 comments:
Apa cerita kes anak pemimpin MIC bunuh model di Bricfields tahun lepas...
Senyap je....
Gani Patail dan Musa Aman ni tak takut ke pada Allah s.w.t? Agaknya mereka ingat mereka hidup lama dan tak akan mati lagi....
Post a Comment