[...] Seperti dijangka, Pak Lah tiba sejam kemudian. Satu perkara yang sudah menjadi sinonim dengan Pak Lah sebagai PM. Ramai yang seakan tahu dan datang lambat. Ketika jam 7 petang, hanya 2-3 meja yang dipenuhi. Rasanya dalam 240 orang mengikut meja.
Tiba-tiba dalam menanti dan berbual, ada seorang mamat datang memperkenalkan diri kepada kami.
Katanya, "I'm a minister!"
Saya berkata, "Betul ke, tak kenal pun!"
Dia menjawab, "Ongkili...!"
"Maaf, kami tidak kenal ramai menteri...sudah tidak ikut perkembangan!"
Nampak dua tiga menteri masuk, terus menyusup ke satu meja...malas nak tegur, kecuali Tan Sri Muhyidin Yassin (TSMY) yang nampak mesra dan bersalam dengan semua yang ada.
Kami sempat berdialog santai dengan TSMY. Kami berjenaka mengenai 'bakal PM Malaysia' dan dia menerima dengan baik. Katanya, "Sebelum di checkmatekan...!"
Saya berkata kepada TSMY, 'Dengar Tan Sri kata, UMNO tiada 'wow' lagi...salah tu, dalam UMNO ada wow, alif mim nun wow!"
Dia tersenyum, "UMNO ada alif ba ta sahaja...!"
Saya bertanya bila dia balik, katanya esok.
"Ada masa untuk berdialog?"[read more]
No comments:
Post a Comment