PKR Pulau Pinang merombak jawatankuasa perhubungan negerinya dengan menggugurkan dua daripada tiga timbalan pengerusinya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.
Seorang lagi timbalan pengerusi PKR negeri yang digugurkan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tambun, Law Choo Kiang.
Tempat Mohd Fairus digantikan oleh Dr Mansor Othman manakala Law digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Tan Hock Leong.
Bagaimanapun Mohd Fairus dilantik sebagai ahli jawatankuasa jemputan.
Manakala Datuk Zahrain Mohamed Hashim kekal sebagai pengerusi PKR negeri dan Adun Batu Uban, S Raveentharan kekal sebagai timbalan pengerusi negeri. [read more]
No comments:
Post a Comment