Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang gagal memberi sebarang respon terhadap undangan menyertai 'debat royalti'.
Mengikut perancangan asal Mampat akan menganjurkan Debat Perdana bertajuk 'Royalti: Antara Hak dan Maruah Rakyat Terengganu' yang akan diadakan malam ini.
Pengerusi Mampat, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata surat jemputan undangan sebagai salah seorang ahli panel debat tersebut telah dihantar kepada Pejabat Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 12 Januari 2009.
"Kami rasa dukacita dan kesal kerana langsung tidak mendapat 'respon' dari pihak Umno terutama calon BN.
"Saya sendiri yang hantar ke Pejabat Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu," katanya pada sidang media di Lobi Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini, hari ini. [read more]
No comments:
Post a Comment