Dua Timbalan Menteri disiasat kes usik mayat

KUCHING: Dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bersama sekumpulan 50 individu yang menyerbu rumah mayat Hospital Serdang malam Selasa lalu, boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati mengganggu mayat yang menjadi bahan bukti polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata mayat S Kugan, 22, yang baru selesai dibedah siasat didapati diganggu hampir dua jam oleh kumpulan berkenaan dengan ia jelas melanggar Seksyen 461 Kanun Keseksaan. [read more]
Aku tak dengar lagi citer pasal penahanan 11 anggota anggota polis yang terlibat dalam soal siasat mendiang Kugan. Yang di siasat sekarang adalah 2 Timbalan Menteri yang ceroboh rumah mayat. Polis bijak, diorang kerja cukup professional. Kata nko !!!.

Kita tengok kan je. Aku biarkan pihak polis buktikan ketelusan diorang dalam hal ni.

Semalam aku bersembang dengan mangkok hayun kuat perkauman yang menyalahkan mendiang Kugan instead of polis polis tu. Aku ni setakat dengar je. Cakap aku tak pandai, tapi kalau menulis tu cikit cikit tu ada la.

Orang dok sibuk salahkan polis, dia pulak bela polis. Ye la aku tau yang dia tu ahli PEKIDA. Jadi biasa lah. Kalau tak Melayu, tak PEKIDA. Dan katanya,

"Kugan tu apesal tak bagi maklumat pasal curi kereta, tu sebab dia kena belasah.", kata mangkok.

"Bila dah mati, baru lah kecoh. Penjahat akhirnya mati jadi HERO. Orang dok puja puja dia sedangkan dia penjenayah." Sambungnya lagi.

Dan sebab lama sangat aku dah bagi lemak dia bercakap. Dan aku mencelah.

"Mana lebih bahaya? Membunuh atau mencuri kereta", aku tanya.

"Mestilah membunuh.", jawabnya.

"Tapi kenapa bunuh dan curi kereta hukumnya bunuh?", aku tanya. Dan aku sambung lagi, "Orang mati tak tentu ada insuran. Tapi kalau keta hilang, ada insuran."

Pekida tu pun melopong.

Member dah ketawa. Pada aku mudah. Bukan soal kaum di sini. Walaupun dia mencuri keta atau membunuh sekali pun, mesti ada keadilan. Perlu di bicara. Kalau soal siasat sampai mati, ini ada yang tak kena. Siasatan tak buat, tapi semua dok membebel tak tentu pasal. Spekulasi ...spekulasi..... Tak main la.

Ambil jalan tengah. Kalau berani, buat siasatan, cari mereka yang terlibat dan buat semula bedah siasat dari doktor yang berkecuali yang di lantik oleh keluarga mangsa. Apesal polis nak kecoh? Bukan kerajaan keluar duit pun?

Apesal nak takut kalau betul betul mendiang Kugan tu mati kerana asma dan paru paru berair?
Wakakakk ... Hish mudah je tu.

6 comments:

Anonymous said...

Semuanya nak cover polis...sbb ini bukan kali pertama terjadi. Lepas ni banyakla alasan-alasan lain yg dihebahkan pada media.....mcm mana rakyat nak percaya...?

Gelombang Rakyat said...

Radenjowo,

Lain kes lain siasat.

Sok sok, pembunuh Kugan 200 tahun bicara, 2 Timbalan masuk penjara.

Macam mana tu?

Anonymous said...

Padan muka dengan KP Selangor, sebelum ni berlagak macam menteri.

Apabila berlaku kejadian tanah runtuh baru2 ni, dia lagak macam menteri, setiap kali keluar berita tv maka dia ler yang akan beri statement dan arahan melebihi daripa MB Selangor selaku ketua negeri kerajaan Selangor. Seolah-olah dia mengambil alih fungsi menteri besar. Nah, sekarang rasakan.

Pada Pak Lah inilah masanya kerajaan melaksanakan rancangan penubuhan Suruhanjaya Polis dinegara ini. Kalau dibiarkan polis malaysia akan menjadi macam tentera dinegara Turki yang amat kuat berkuasa dan berlagak samseng.

Anonymous said...

Masa sekolah menengah dulu , selesai ke mathematic kene taruk kat bawa "QED", "Quite Easily Done"...muekekekkeke ~ Squid

Unknown said...

Rupanya di negaraku yang tercinta ini ramai yang kebal dari undang-undang. Dari PM sampailah ke Polis cabuk!

Kalau nak melawak pun biar sampai orang ketawa. Kalau nak menipu biar orang jadi bisu, kalau nak kelentung biar untung. Ini tidak nak tipu, mengkarung pun tak angguk, nak bohong keldai pun tak percaya. Akhirnya jadilah lawak yang membuat orang marah, bukannya ketawa.

Anonymous said...

KETA LAJU LANGGAQ TIANG ELECTRIK TUMBANG ATAS JALAN LAST YG SALAH TNB YG PACAK TIANG ELECTRIC TU..

PASAI PA TNB PACAK SITU..JIKA PACAK ATAS BUKIT TENTU TUMBANG TAK JATUH ATAS JALAN... JADI CEO TNB KENA PECAT..

HUA HUA HUA....