Sejak beberapa hari lalu, dua exco kerajaan Perak daripada PKR mencetuskan pelbagai spekulasi akan menyertai BN susulan tindakan wakil rakyat Bota meninggalkan Umno hujung minggu lepas.
Petang ini, desas-desus mula bertiup kencang kedua-duanya Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berada di Pekan, Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya.
Malaysiakini difahamkan PKR sedang memantau dengan dekat perkembangan di Pekan setelah kedua-duanya gagal dihubungi oleh pemimpin negeri, parti dan keluarga mereka sendiri.
Sementara itu PKR Perak mendakwa Najib sedang berunding dengan mereka agar menyertai BN, termasuk untuk menggugurkan kes rasuah terhadap mereka yang ditahan Ogos tahun lalu.
"Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan
pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10 Februari," kata penegerus perhubungannya Osman Abdul Rahman. --- malaysiakini
1 comment:
Sama lah dgn kes Roslan Kasim,rasa nya tidak ada apa lagi yang bole diharapkan,
PR bersedia lah menghadapi kehilangan dua exco nya ini.
Kecuali jika dari kalangan ahli/pemimpin PAS mereka senantiasa ingat hidup ini akan mati.
Post a Comment