Mula mula mamat sekor tu kata, Kugan mati kerana asma dan paru paru berair. Kenyataan di buat selepas Doktor bedah siasat hospital buat laporan. Tapi semua orang tak caya sebab, penyakit paru paru berair dan asma yang di hidapi Kugan, pelik sikit. Sampai berbirat kat depan, belakang, kaki dan tangan. Hidung nya juga berdarah tak henti ketika mayat di ambil gambar.
Memang negri. Malam tadi aku tidur tak pakai aircond. Pagi tadi aku bangun pun, aku suruh bini aku check belakang badan aku, celah kelangkang dan pergelangan kaki, takut kalau kalau ada symptom paru paru berair dan asma.
Hari ni Peguam negara akan dah sahkan kes itu di kategorikan sebagai kes bunuh. Kalau asma dan paru paru berair boleh di kategorikan sebagai kes bunuh, maknanya banyak lah kubur kubur mangsa sakit asma dan paru paru berair perlu di korek untuk di bedah siasat sekali lagi. Aiii ... jenuh tok siak, tukang kebun claim overtime.
Tak per. Bila dah dikategorikan kes kematian Kugan adalah bunuh, maka bedah siasat akan di buat sekali lagi. Kalau ikut pada result bedah siasat yang mula mula dulu, hampessss. Kalau ikut pendapat diorang, keluarga Kugan nak gunakan doktor dari luar negara. Yang bebas dan berkecuali dan yang penting tak mengundi di Malaysia. Maklumlah kat Malaysia ni, bukan saja gula, tepung tapi doktor pun boleh beli.
Jika keputusan tak sama, maka doktor tempatan yang buat bedah siasat awal, memang tak boleh pakai. Sama gak macam kes Saiful kena liwat dulu. Keputusan doktor tempatan dan luar memang jauh beza. Mungkin diorang belajar lain lain universiti maka keputusannya berbeza walaupun kaedah nya sama. Doktor dah jadi satu kerjaya yang mengarut.
Bila keluarga Kugan dah puas hati dengan keputusan bedah siasat tu nanti, baru lah hasil bedah siasatnya itu akan di bawa masuk ke mahkamah. Dan satu lagi benda pelik korang akan tengok. Akan ada lagi kisah 'hantu bungkus' masuk mahkamah. Kali ni mungkin lebih ramai. Wakakakakk !!! Hantu ... woi syok nye !!!
Ceritanya lebih kurang sama. Semuanya tak ngaku. Cuma kali ni yang terlibat adalah orang biasa dan polis polis kategori cekai dan samdol je. Kalau salah pun, kerajaan tak rugi apa apa. Gaji diorang seciput je.
Kes ni silap silap makan setahun, dua tahun tak selesai.
Kalau korang tak nak terbabit dengan semua kes ni, cuba cuba lah kurangkan guna aircond pada waktu malam. Kalau korang nak mandi di tengah malam pun, guna air panas.
Kalau korang tak der water heater ... korang masak air dalam periuk. Tapi campurkan dengan air sejuk biar suhunya suam suam kuku. Kalau tak, korang punya kulit boleh tertanggal kena air panas. Kalau mati kena air panas dah tak boleh di kategorikan mati kerana asma, tapi mati kerana bini siram dengan air panas. Berita ni mesti masuk paper. Tapi tak syok la ..... Wakakakka !!!!
3 comments:
Radenjowo,
Kat mana boleh baca statement Peguam Negara perihal sebab kematian Kugan ialah kes bunuh?
http://www.malaysiakini.com/news/97072
Terima kasih...
Radenjowo!
Post a Comment