KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 penduduk setinggan di sekitar ibu negara diminta mengosongkan kawasan yang mereka diami selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M.Saravanan berkata ia bagi mencapai sasaran sifar setinggan di Wilayah Persekutuan menjelang akhir tahun ini.
Katanya separuh daripada mereka menduduki tanah kerajaan manakala selebihnya di tanah swasta.
“Walaupun mereka tinggal di tanah swasta sekalipun, mereka perlu berbuat demikian (mengosongkan tanah),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini.
Katanya penghuni setinggan boleh menghubungi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memohon penempatan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin.
Saravanan berkata kementerian memberikan masa yang secukupnya kepada penghuni setinggan terbabit dan tidak sepatutnya timbul dakwaan tidak cukup masa untuk berpindah ke penempatan baru. - Bernama
No comments:
Post a Comment