Kehadiran polis yang begitu ramai dalam kawasan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu menyebabkan menjadi sulit untuk mengenali samada seseorang itu adalah polis atau bukan polis.
Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong berkata demikian dalam sidang media harian di Markaz Besar Pilihanraya, Kuala Ibai dekat sini hari ini.
Menurutnya ada kenderaan yang berupa van dan bas yang telah memuatkan penumpang telah dberi iringan oleh polis dan dibawa kedlam kawasan pilihanraya.
“ada maklumat yang mengatakan ada bas atau van yang besar yang dimuatkan dengan orang, yang di iring (escort) oleh polis,
“siapa-siapa yang identiti didalamnya, kelihatannya orang-orang muda, kita lihat pergerakan-pergerakan ini hampir keseluruhan kawasan pilihanraya,”katanya mendedahkan maklumat yang beliau terima dari orang awam kepada pihak media. - buletinonline
2 comments:
Salam Raden,
Mungkin hantu kot yang ada dalam van tu... siap escort lagi...
Salam Isa,
Gitu lah yang ada di dalam kepala.
Macam macam boleh jadi.
Post a Comment