Selingan sikit ... di bawah ni gambar kereta yang terbakar kerana bertumpu antara satu sama lain di dalam insiden VVIP mahu melintas jalan di Pahang. Khabarnya VVIP tu mat monggol.
Untuk gambar lain sila klik PERISIKRAKYAT
12.26 tgh
Semua saluran di SK Tengku Bariah mulai lengang jam 11.30 pagi tadi. Kawasan ini mempunyai lebih 3,000 pengundi dan merupakan antara pusat pengundian terbesar di DUN Ladang. - laporan Mkini [saluran media bapak sedara aku]
12.20 tgh
Keadaan di luar Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Kedua dua perayu undi sedang bertugas.
Semuanya bekerja keras. Tiada bezanya. Cuma kalau nak tau penyokong BN atau PAS, korang tengok GELANG EMAS kat lengan diorang. Kalau ada Gelas Emas itu wanita UMNO. Kalau takder gelang Emas, bermakna wanita itu PAS, BEBAS atau makcik yang saje nak kuar gi kedai beli Ajinomoto.
12.17 tgh
Pengundi yang keluar kini di anggarkan 40%. Keadaan masih terkawal kecuali ada beberapa tempat sesak dengan kenderaan. Terutama di kawasan sekitar pintu masuk ke pusat mengundi.
Makanan masih banyak dijual dan semua jentera yang bertugas masih boleh makan. Cuma harga tu kadang kadang gila sikit.
12.08 tgh
Keadaan di pondok panas PAS
Di bawah ini pondok panas BN ... sekitar kawasan yang sama
"Assalamualaikum .. .!!! Rumah ada orang ke? !!!
liputan dari beyond51
11.58 pagi
Keadaan di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar pagi tadi.
Budak yang peluk tubuh baju biru tu undi BEBAS kot ... wakakakak
11.54 pagi
Radenjowo masih gagal mengesan di mana kedudukan Rosmah Mansor, walaupun dia wanita berbadan gempal dan berambut tebal. Kami sedang berusaha untuk terus mencari di sekeliling K. Terengganu .... kalau sesiapa ada mendapat isyarat gempa bumi .. sila hubungi.
11.52 pagi
Ketua AMK Malaysia, En Shamsul Iskandar melapurkan beliau sedang berehat di Bt. 6, Kuala Terengganu. Pengundi masih kurang keluar dan bimbang tidak sempat kerana kemungkinan Hujan di waktu petang. Bagaimana pun ketika ini cuaca amat baik ... menurut beliau .. "Cuaca cerah seperti menjanjikan kemenangan" Syabas !!!
11.31 pagi
Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di Jalan Pasir Panjang, membabitkan lokasi tiga buah sekolah yang menjadi pusat mengundi Bukit Besar, Pasir Panjang dan Bukit Bayas. Kesesakan lalulintas dilaporkan berlaku kesesakan di sebelas pusat pembuangan undi di DUN Batu Burok, apabila orang ramai berkumpul untuk mengundi.Pengundian berjalan lancar - Mkini
11.27 pagi
Palapor BN menjelaskan kemungkinan PAS menang adalah sebanayak 70% ... jangan tak caya. Tetapi sekitar Pusat Mengundi Mengadang Alor masih di bawah kuasa BN. Pada pilihanraya yang lepas kawasan itu BN menang besar. Keadaan di sana terkawal. Menurutnya, jika mengikut senario sekarang ... PAS boleh menang .. kecuali ada black magic. wakakak
11.16 pagi
Difahamkan setakat malam tadi BN berada dalam keadaan gelabah kerana laporan perisikan menunjukkan petanda PAS berada di hadapan dengan 51 peratus berbanding BN 49 peratus.
Angka-angka 'research' atau 'survey' yang dibuat secara profesional menunjukkan 'trend' atau pola kecenderungan pengundi Kuala Terengganu, memihak kepada PAS. - harakah
10.42 pagi
Keadaan berjalan lancar. Perang mulut di laporkan berlaku di beberapa tempat. Para penyokong PAS sedang menanti pemimpin BN datang untuk membuat lawatan ke pusat pusat undi. Antara yang dinanti adalah KJ dan Najib. Anggaran 20% sudah keluar mengundi. Desakan untuk mengundi di sebelah pagi kerana petang di katakan mungkin hujan.
10.34 pagi
BN bagi buah limau Gong Xi Fa Cai [semalam].... wakakak
lapuran oleh beyond51
10.31 pagi
Lapuran terkini dari Malaysiakini - klik sini
10.30 pagi
Beberapa penyokong PAS menyuarakan rasa kesal mereka dengan tindakan pekerja BN yang didakwa mereka bersikap agresif dengan menarik tangan pengundi yang tiba untuk mengundi di Sekolah Menengan Bukit Losong dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam. - mkini
10.23 pagi
Di Sekolah Pusat Chabang Tiga umpamnya, pengundian berjalan rancak di mana kedua-dua petugas pondok panas PAS dan BN sesekali berbalas-balas cakap dan berhujah secara baik dan berhemah. - mmutaligat
10.12 pagi
Sekatan jalan raya sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menyebabkan perjalanan menjadi perlahan. Terdapat lebih 10 sekatan jalan raya. Manakala setiap penumpang bas pula diperiksa kad pengenalan mereka menyebabkan bas yang sepatutnya sampai di Kuala Terengganu jam 5 pagi terlewat sehingga jam 7 pagi. - lapuran harakah
9.50 pagi
dari mmutaligat - Saya menjangkakan jumlah pengundi yang keluar melebihi 85 % mungkin menjangkau 90%. Jika peratus pengundian mencecahkan lebih 95 % barangkali ada pengundi dari alam lain yang mengundi.
9.47 pagi
Polis menjaga lalu lintas dengan berkesan.
Pondok panas PAS mendapat kunjungan hebat dari pelbagai lapisan.
Jentera UMNO kelihatan lesu macam ayam berak kapor ...
9.35 pagi
Cuaca baik sangat !!!
Pelapor memberitahu Penyokong PAS bersemangat memberikan sokongan. Malam tadi ada dialog bersama rakyak di Bilik Gerakan PKR berhadapan pusat mengundi membuahkan hasil. Remaja dan anak muda dikhabarkan turut memberikan sokongan.
tag: PKR, UMNO, PAS, Terengganu, P036, Pilihanraya.
No comments:
Post a Comment