Laporan Terkini P036 Bhg 2

[Laporan sehingga 2.03 petang]

2.03 ptg
Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) boleh memasuki kawasan pusat mengundi untuk memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini, namun mereka dilarang daripada memasuki bilik saluran mengundi untuk berbuat demikian. - Utusan uweekkkk

1.44 ptg
Harap maaf !! Radenjowo memohon berhenti rehat untuk Solat Zohor dan perkembangan akan di kembang-kembangkan lagi selepas ini.

1.39 ptg
Keratan bawah ni aku cilok dari blogger UMNO yang berada di KT sekarang ...

"Taklimat operasi diberi kepada Mastermind yg berkumpul di Bilik Gerakan BN. Peta Google Map DUN Ladang dan DUN Batu Burok dipaparkan diskrin. Ada beberapa wakil yg menyebut - ‘kito nak lancarkan serangan Tukul Terbang’."

Tukul terbang? ....

1.34 ptg
Selingan
gambar ni aku cilok dari blog zorro ...

Kalau nak tau bagaimana mewahnya Orang Tgnu sekarang. cam budak tu.
Wakakak ... cayang !!! Alaa .. bucuk bucuk bucuk !!!

1.27 ptg

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah melahirkan rasa kesal di atas kempen yang Imageagak kurang sopan dilakukan Puteri Umno sehingga menyerang peribadi pemimpin PAS dan KeADILan.


Katanya, telatah kurang sopan yang dilakukan Puteri Umno dan Pemuda mencerminkan keadaan sebenar perjuangan mereka.Pada kempen itu mereka melaungkan 'PAS gila, PAS pelihara babi, Anwar Ibrahim liwat' sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS dan Pakatan.

laporan - harakah

1.16 ptg
Kem BN mula cemas kerana di kebanyakan peti undi Pondok Panas PAS menjadi tumpuan pengundi menyemak nama mereka. Senario ini jelas dapat dilihat dengan jelas umpamanya di Peti Undi Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga dan lain-lain. - itu laporan dari mmtaligat

Laa ... patutlah kawan BN aku tadi cakap dalam talipon macam nak tak ndak je.

1.11 ptg
Radenjowo sempat menalipon rakan BN di K. Terengganu. Merupakan ketua bahagian di satu tempat. Eshhh ... tak payah sebut bahagian mana.
Menurut ketua bahagian yang sedang makan tgh memberitahu beliau baru sahaja keluar dari pejabat gerakan UMNO di sana. Dan peratus yang keluar mengundi dikatakan hanya 22% ? Haikk ... betul ke ni? Atau jentera UMNO tak buat kerja. wakakak
Itu mengikut diorang punya laporan. Kita tunggu perkembangan seterusnya.

1.02 ptg



Gambar di ambil pagi tadi ketika Wan Farid Sekolah Kebangsaan Bukit Besar semasa dalam perjalanan untuk membuang undi ...
Weyyyyy !!! Apesal angkat tangan tinggi

"Bau mashem ketiak sapa busuk la la la la la...."

12.58 tgh
Anda boleh juga mengikuti perkembangan secara langsung dari blog zorrounmasked ... klik sini
Kalau nak tau sapa zorro ... uncle ni bersama dalam rombongan Raja Petra ke K. Terengganu.

Yeeevaaaa ..... Uncle !!!

12.48 tgh
Gambar terkini dari suarakeadilan



Kelihatan penyokong PAS dan PR bersama sama memberikan sokongan. Tu yang baju merah tu POLIS PAS ... "Unit amal" Cukup baik memberikan kerjasama. Takbir !!!
Budak yang pegang belon tu dari pagi tunggu untuk dapatkan belon. Hishhhh .. lepas dapat belon balik jaga adik tau !!!

12.43 tgh
Menurut Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Razali Alias berkata sehingga jam 12.15 tadi, hampir separuh pemilih di DUN Ladang telah keluar mengundi. Katanya, keadaan legang di kebanyakan kawasan kerana jumlah pengundi tidak ramai. - laporan Mkini [saluran media mak tiri aku]

No comments: