MB Selangor nasihat Khir Toyo bersikap profesional

Image[...] Beliau berkata demikian ekoran tindakan Khir yang mendakwa 46 ekor lembu yang dikorbankan di Bandar Tun Razak melibatkan wang kerajaan negeri.

"Sebagai Ketua Pembangkang, beliau mempunyai saluran tersendiri seperti dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada Mac nanti," tegasnya.

Justeru, tambah beliau gunakanlah saluran itu dengan sebaik-baiknya.

Menurut beliau, pimpinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan pihak yang cuba meraih politik murahan berkaitan isu tersebut kerana melibatkan insititusi Diraja negeri Selangor.

Khalid menegaskan, melibatkan pihak istana merupakan tindakan yang tidak wajar kerana perkara itu telah dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Image

"Biarlah mereka pihak (SPRM) menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak," tegas beliau. [read more]

2 comments:

mangchikla said...

Bro Saifuddin berdiskui ngan brudder Khir

Anonymous said...

Rakyat buat buat korban selama ni pun pakai duit sendiri. Kenapa nak guna duit state GLC and then declare nama MB yang buat sumbangan. lain kali jangan tiru perangai umno.