Membebel pagi Isnin

Perkara yang paling best untuk di lakukan selepas satu satu pilihanraya adalah melepak kat kedai kopi...

Macam macam cerita yang boleh dengar. Tak payah banyak keje, cuma perlu pasang telinga.
Elok kalau orang tak kenal kita. Cuma perlu pasang telinga.
Persiapan
1. Beli Rokok
2. Beli surat khabar
3. Cari kumpulan yang paling bising, dewasa dan yang cerita pasal politik.
4. Duduk kat sebelah mejanya.
5. Order Kopi .... susu jangan cair, gula jangan lebih
5. Korek telinga sikit ... dan pasang
Syok .... memang syok. Ada sesetengah kumpulan tu memang macam tu keje nya. Dah jadi syarat, cerita pasal politik selepas mana mana pilihanraya. Diorang ni yang rajin membaca, rajin menonton dan pasang telinga. Banyak info tu.

Kalau BN nak buat postmortem, jangan bincang sesama UMNO ... kena buat macamana aku buat. Pasang telinga. Jangan harap pada budak bawah je. Kalau tanya budak bawah..
"Mat macamana tempat kau?", tanya ketua Cawangan.
"Bereh boss.", kata budak.
Bila pilihanraya .. semua hancus. Masa tu marah tak guna, diam tak kena.

Nak tau apa UMNO buat selama ni?

Hah .... Bila menang, book ticket flight gi oversea.
Katanya, nak buat postmortem.

Kat mana?

Medan, Bandung, Jakarta, Vietnam dan Thailand. Huh ... boss taja. Satu bahagian, 40 orang. Pengundi duduk buat keja kampong, pemimpin nak bincang hal politik. Kalau makcik, pakcik kat kampong tu, cuma bawak ke Putrajaya. Pusing pekan dan bagi duduk kat hotel. Syonok nye !!!

Kat sana cerita pasal projek. Dalam rombongan, ada YB, Ada bakal ahli majlis, ada pengerusi itu dan ini. Semua nya citer pasal projek, camana nak monopoli itu, monopoli ni. Bila pulang ... semua dah tau tugas masing masing.

Yang berjalan dah mula naik motor, yang naik motor dah mula naik keta. Keta kecil dan jadi besar. Dulu pakai kapcai, sekarang dah pakai merz. Bagus ... Melayu maju, tapi jangan lupa diri sampai orang kampung tak di jenguk lagi.
Ponnnnnn !!! Bunyi Hon keta BMW. Vrooommmmmm ..... !!!
"Sapa tu mat?"
"Alah ... anak pak Mail"
"Ahh ... si Nordin tu ... ?"
"Ya ... dia kan orang kuat Dato' Bakar"
"Hmmmmm patut lah diorang masuk UMNO."
Bukan puji ... tapi dengki. AKu tau perangai bangsa aku.

Dulu ada kat kedai, sekarang dah tak nampak muka. Sibuk katanye !!! Banyak projek, banyak kontrak. Lupa orang kampung, kawan kawan dan sedara.... Jarang ada kat warung .. sikit sikit luar negeri. Seminggu suntuk main golf.

"Nak lobi", katanya. Kalau main golf kena gi bandung, kat bukit kayu hitam. Siang golf, malam boleh buat bende lain. Ada pulak yang pergi pegi ke Jakarta, lepas main golf balik semula ke Malaysia. Aiikkkk !!! Duit tambang macam bayar tiket bas.

Kata jiran..... Ahhhh dia dah kaya, tak ingat kita !!! Satu undi sudah hilang, satu undi sudah terbang. Itu baru satu ...

Ada banyak lagi. Tapi buat pedoman. Bukan pada UMNO saja, juga pada parti Pakatan Rakyat. Masa korang tak pegang jawatan, orang tak hairan. Tapi bila dah jadi pemimpin. Kejap kat Taiwan, kejap kat Medan.

Jangan main main tunai tanggung jawab. Ini amanah. Bukannya nak punah.
Lain kali kita citer lagi.

Assalamualaikum !!!

5 comments:

Gelombang Rakyat said...

Radenjowo

Lama jugak beli susu ya. Rupa-rupanya melepak kat kedai kopi ya. Siap korek telinga lagi.

Bukan menegur, sayapun sama. Satu lagi placing baik punyia ialah pasar. Saya pasar Shah Alam Seksyen 17.

Jika BN nak buat post-mortem, panggil Lah kumpul Bloggers yang Brutal.

Kita Lah kan?

Tangkap sodok below the belt!

Wahkaka..!

radenjowo said...

Bro...saya suka lepak kat pasar 16. Siap pekena lontong letak sambal kerang... phuh !!! Cun nya ...

Tapi kalau pekena lontong ni, telinga aku selalu sumbat. Tak dengar apa apa dah. Mertua lalu depan pun tak perasan.

Wakakakk !!!

Anonymous said...

semua blogger selangor kita bersatu nak?

Aku area, banyak area..

Jom SELANGOR BLOGGER. okay tak? Lurus punya, tak kiri tak kanan, PR tak bagus kita hentam, BN tak bagus kita hentam, bagus kita puji..

Mata keyboard lebih tajam dari mata pisau..beb..

meh bersatu..kumpul ramai, ramai...BN buat BPN kita SB (SB-special branch)

ISA said...

Tuan Zubli, pasar seksyen 17 bila dan dimana?

Raden, pasar section 16, bila dan di gerai mana, hari apa ko selalu kat situ...

Saya selalu di section 17 setiap hari dan section 16 setiap hari ahad.

Ada masa boleh jumpa teh tarik dan berbincang.... jeng..jeng..jeng..

Gelombang Rakyat said...

Kecik pulak dunia ini ku rasa. Dunia Blog Lah kan? Bloggoworld.

Ku ingat Radenjowo di Jakarta, ISA di London, Zubli di Amerika!

Rupa-rupanya semua Shah Alam belaka-belaka.

Hahahaha...

InsyaAllah, Ahad berikut 25 Januari 2009, jam 9 pagi sampai 12 tengahari. Tunggu kat Gerai Radenjowo suka.

Sila pakai baju kebangsaan warisan masing-masing.

Hahahaha...