KUALA LUMPUR 30 Jan. - Usahkan hendak mendapat sokongan sebaliknya dihentam pula dan menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang.
Senator T. Murugiah sedih apabila niat baiknya mewakili kerajaan menemui keluarga mendiang A. Kugan yang mati dalam tahanan polis disalahertikan.
Lebih menyedihkan beliau, tindakannya itu yang dibuat atas kapasiti sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal masyarakat India tidak difahami oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) lain.
''Saya perlu pergi (ke rumah mayat Hospital Serdang) kerana saya dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjaga hal ehwal orang India.
''Kalau saya tak pergi, mungkin mereka lebih emosional dan sudah berarak ke balai polis pada malam itu,'' katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini. [read more]
No comments:
Post a Comment