Politik wang: Biar UMNO siasat sendiri

SEPANG 30 Jan. - UMNO akan menyiasat sendiri dan memutuskan sebarang bentuk tindakan ke atas mana-mana pemimpin atau ahli yang didapati bersalah kerana politik wang.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam tadi.

Menurutnya, sebarang perkara berkaitan dengan UMNO seharusnya diselesaikan di dalam parti meskipun aduan atau laporan yang diterima datang daripada pihak luar.

"Saya fikir, hal-hal berkaitan parti seperti apa yang diputuskan MT malam tadi biarlah disalurkan kepada parti.

"Aduan boleh datang dari mana-mana tapi hal-hal parti, biar parti putuskan," katanya ketika ditemui pemberita pada program Apa Khabar Orang Kampung anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sungai Pelek di sini hari ini. - utusan

Wakakaak !!! Rasuah UMNO ... UMNO siasat. Wakakaka !!!!
Tak payah buang masa la. Kalau nak cakap tak payah siapa siasat pun .. sebut je la.
Wakakak !!!

1 comment:

EQUILIBRIUM said...

hahaha benda mcm ni la buat teman meluat nak mampuih dgn ameno. apa depa ingat ameno lbh besar dr negaraka? hal parti kunun..poooorahhhh.

nanti pegawai kerajaan pun boleh mintak jpa ja siasat kalau buat rasuah. pegawai polis pun mintak bukit aman ja siasat kalau rasuah. org kampung pun mintak ketua kampung ja siasat kalau dia mencuri rambutan.

makin hari ameno ni makin kalakau untol muahahaha