Orang Malaysia ni keliru dengan identiti. Ada yang kata dia Islam, tapi perangai macam Yahudi. Ada yang IC tulis sebagai Muslim, tapi minum arak. Ada yang kata mukmin, tapi malam tahun baru, dok gi Disko, mabuk kalahkan orang Negro.
Jadi bila cerita tentang niat nak boikot ni, aku sedikit cuak. Bukan tak caya, tapi kita boikot, lagi ramai orang yang tak ambil kisah.
Kita tak beli barangan Amerika dan Israel kerana kita tak der wang. Kalau ada wang, semuapun kita nak beli. Bukan kita ambil kesah sangat tentang buatan mana, yang penting nafsu kita di utamakan. Kalau orang dok cerita pasal kualiti, barang siapa yang kualiti. Kalau cerita tentang status, barang mana yang ada status?
Kalau di dalam musim memboikot ni, tiba tiba anak nak minum White Coffee, dari Starbuck ... apa korang nak buat?
Kalau ketika musim boikot ni, tiba tiba anak minta Mc Donald, sanggup ke korang boikot?
Dan, dimusim memboikot ni, anak nak minum coca cola .. tambah aiskrim dan makan tengah panas. Phuh !!! Menyelerakan.
Kalau korang sanggup buat sesuatu demi orang lain, aku syukur. Tapi kalau korang cerita je lebih, aku rasa korang kuburkan saja niat korang tu.
Hari sabtu ni ada perhimpunan membantah Kekejaman Israel di Dewan Melawati Shah Alam. Hah panas tu!! Korang nak kuar join tak? Kalau rasa malas, kalau rasa macam nak muntah muntah, tak boleh kena panas, korang bukak je ASTRO tengok filem Amerika. The Pirates of Carribean 3. Dengar cerita, filem tu hebat. Dari korang kuar panas panas, baik duduk rumah tengok TV. Tapi korang jangan ambil kisah tentang budak kecil mati terimbus di Gaza atau mangsa kekejaman dah capai 600 lebih manusia. Tak der maknanya.
Sebenarnya usaha boikot ni bergantung kepada keadaan kewangan kita. Kedua kita bergantung kepada niat. Kalau duit banyak, ahhh .. lupakan soal boikot.
Sesuatu usaha boikot itu akan berhasil sekiranya korang pikir pasal mati. Kalau ada kenyatan yang kata, barangan Starbuck ada melamine .. pasti korang boikot. Tapi kalau sedap, lemak dan berkrim dan dalam poket korang pun masih ada berkepuk duit. Rasanya usaha boikot tak kemana.
Cakap memang mudah, tapi nak buat memang susah. Kalau hendak seribu daya kalau tak nak seribu daleh. Jadi tanya diri masing masing, sejauh mana kita perihatin kepada nasib susah orang lain? Adakah kita ada jenis manusia yang mementingkan diri sendiri?
Itu sendiri kena jawab. Gua? Pegi .... jangan tak pegi. Kalau nampak ada mamat pakai baju hitam.....itu lah gua. wakakakakk !!!
5 comments:
Assalammualaikum..
B - Beli barangan tempatan
O - Orang nak kutuk, pedulikan!
I - Insya'Allah, pasti berjaya.
K - Kalau tak berani cuba..
O - Of course tak jadi..
T - Tunggu apa lagi? BOIKOT je la..
waaaaaaaaaaaakkk.. den pon samo pakai baju itam ngan spek itam jenjeng beg palstik penuh ngan sotong...
wakk..nk tanye sket....kenapa rakyat je kene boikot...kalo krajaan boikot company2 tu sumer kan lg berkesan betul tak?...kempen2 boikot tp kenapa diorang bg company ni operation?...kalo takat rakyat malaysia konon jer nak boikot brape percent je berkesan?...cube krajaan tutup jer kedai2/company2 tu bkn lg berkesan ker?....
hmm...tarak nama , bila cek baca komen sedara, tang berapa "det"/percent ja bekesan, cek teringat satu hadis kisah dua burung (burung apa cek tatau, lupa lak , burung tiong kot) dok tenggek ataih pokok , dok perati dari joh api dok bakaq Nabi Ibrahim 'alaihis salam. Yang burong sekoq nih pon terbang dok kulu kuliaq (ulang alik, muekekkek, betoi ka?) bawak ayaq kat baruh yang kecik dia, pi taboq kat api kunun nak tulun padam. Yang sekoq lagi pong teriak pi "Woi , la, awat la hang ni mamai sungguh la, yang dok kulu keliaq padam watpa keja sia sia ja. Manyak mana sangat ayaq hak boleh padam , api dok nyala nala reka, woii..." Yang sekoq nih pon jawab "Aku takut nak jawap apa kot Allah subhanahuu wa ta'ala dok tanya aku esok esok, "awat hang tak tulun?" Sekurang kurang nya ada la aku nak jawap pi. Dak kalu, naya oooooo". Nk harap kerajaan support, Hamas pon depa tak iktiraf. Tang syarikat syarikat, kebanyakan
"Nawaitu Al Fulus". Wallahu 'aklam.
Disclaimer : Hadith kat ataih mmg ada tapi cek ubah dari segi wording sasja, maksud tak nyimpang. All wording mine bukan "wak" punyer muakakakakka
Mangchikla dah jawab ... nak terang lagi, wak buat dialog.
Pemimpin kata, "Esok aku nak buat demo tau"
Israel jawab, "Nko jangan buat lebih lebih."
Pemimpin kata, "Aku tau la, tapi kalau keluar kat Aljazerah, nko buat buat la marah."
Israel jawab." No Problem."
Pemimpin sambung, "Duit aku kat sana ok ke?"
Israel," Gua jaga lu punya wang, jangan takut, tak der halnya."
Pamimpin, "OK bye bye ... muah !!!"
Israel,"Ok darling .. bye...muah !!!"
by
Radenjowo
Post a Comment