Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat dakwaan pegawai kerajaan Malaysia memeras ugut wang daripada pendatang asing dan terlibat dengan penyeludupan manusia.
Pendatang asing yang kebanyakannya dari Myanmar dan juga beberapa negara lain itu dikatakan telah dibawa ke sempadan Thailand sebelum mereka diugut atau dijual kepada sindiket penyeludupan.
Beberapa pegawai Senat menjelaskan, siasatan dijalankan oleh Jawatankuasa Hubungan Luar Senat dan akan dikemukakan kepada agensi penguatkuasaan AS dan Interpol untuk tindakan selanjutnya. - AFP
No comments:
Post a Comment