melatiputih
Menerusi berita yang di perolehi melalui media dan internet, menunjukkan bahawa UMNO menerusi kerjasama pihak berkuasa dan SPR akan cuba untuk mengekalkan kerusi Parlimen bagi kawasan K. Terengganu. Pilihanraya yang bakal di adakan pada hari Sabtu ini menyaksikan pertandingan berat sebelah dengan keadaan yang semakin pelik berlaku.
Kehadiran polis seramai lebih dari 10,000 orang di jangkakan untuk mengawal masuk kehadiran pengundi hantu yang dijangka akan memenuhi kawasan bandar tersebut sehari sebelum pilihanraya. Dan tambahan anggota terus di buat tanpa pemberitahuan .. klik sini. Malah dengan jumlah seramai itu, di jangkakan bukan hanya bermaksud untuk menjaga keselamatan pilihanraya semata mata, tetapi kerana bimbang muslihat di ketahui oleh pihak lawan.
Mengikut pemantauan sya reformis, terdapatnya banyak nama pengundi yang mencurigakan berada di dalam penduduk sekitar. Sungguh mengkagumkan, ada pengundi Melayu berada di dalam rumah kaum Cina dan begitu juga sebaliknya.
DI samping itu, perubahan drastik syarat syarat pilihanraya turut menjadi tanda tanya. Antaranya termasuk,
- Larangan mengunakan mikrophone ketika berkempen.
- Larangan berkempen lebih dari 5 orang
- Larangan parti yang tidak bertanding mempunyai bilik gerakan sini
- Larangan konvoi menggunakan motosikal, dan
- Larangan memasang poster dari parti yang tidak bertanding
Serta di khabarkan, jumlah anggota polis yang berada di Kuala Terenganu sekarang, mungkin melebihi dari jumlah yang diberitahu.
Dalam pada itu, website tranungkite turut di hack untuk menggagalkan penyaluran maklumat kepada pengundi di sana.
Kalau merujuk kepada persedian yang luar biasa ini, kemungkinan UMNO dan BN menggunakan tektik kotor adalah besar.
Mereka sedar bahawa sekiranya penipuan tidak di lakukan, K. Terengganu akan jatuh dengan mudah ke tangan Pembangkang dan kejayaan berturutan selepas Permatang Pauh akan meletakkan maruah Barisan Nasional jauh ke bawah sebuah kerajaan yang paling tidak popular. Malah seluruh dunia akan tahu tentang ini.
Tolong ingatkan warga K. Terengganu bahawa anda akan berhadapan dengan salah satu pilihanraya paling kotor pada hari Sabtu ini.
1 comment:
Dan tidak hairan kalau 10,000 polis tersetu telah di "posting" ke KT utk tujuan undi pos. Dan mereka merancang, dan Allah juga merancang, Allah lah yg sebaik baik perancang..
Post a Comment