Saman pelajar berserban agar elak jadi trend

Tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok di Kota Bharu, Kelantan yang tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal bagi mengelak wujudnya trend pelajar sekolah menjadikan alasan sama untuk tidak memakai topi keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.

Beliau berkata, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. - Utusan
Maksudnya ... trend berserban ni tak elok la.
Hmmmmm ....
"Ello .. Singh !! Serban tarak elok pakai tau ... lu esok jangan pakai serban !!!"

1 comment:

SH said...

Tarak baca law ka itu org. Serban mana boleh pakai di sekolah, mcmana boleh budak sekolah agama balik pakai serban. Sekolah agama pakai songkok atau kopiah sahaja..

Pakai serban ni budak pondok, berapa kerat pondok di Malaysia?