Satu kekecohan kecil berlaku di sebuah hotel di Kuala Terengganu ekoran tersebar khabar yang mengatakan sebuah parti politik sedang mengedarkan wang tunai kepada pengundi.
Apabila Malaysiakini tiba di dewan bankuet hotel tersebut pada jam 5.30 petang, sekumpulan orang kelihatan sedang menulis nama dan nombor kad pengenalan mereka pada sekeping kertas.
Kira-kira 100 orang yang berada di dewan tersebut kelihatan tidak selesa dengan kehadiran para wartawan yang turut mengambil gambar, lalu menggesa yang lainnya berhenti menulis butiran diri mereka.
"Mengapa kamu masih tulis. Semua pegawai telah beredar," kata seorang wanita yang sudah berusia.[read more]
1 comment:
Radenjowo,
Macam gini punya aktiviti pun ada ka?
Post a Comment