3 Tahanan ISA di bebaskan

[...] Kerajaan telah membebaskan tiga orang yang didakwa menjadi anggota Jemaah Islamiah (JI) selepas mereka ditahan selama lebih lima tahun tanpa bicara, demikian menurut Suaram.

"Kerajaan telah membebaskan mereka dari tahanan," kata penyelaras Suaram Nalini Elunalai.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenainya.

Nalini berkata, ahli perniagaan, Suhaimi Mokhtar dan Mohammad Khider - yang ditahan di bawah ISA, dibebaskan dari Kamunting pada hari Jumaat.

"Kami mahu kerajaan menjelaskan mengapa mereka ditahan lebih dari lima tahun dan mengemukakan apa juga bukti yang ada untuk menahan mereka tanpa bicara," katanya. [read more]

No comments: