5 hari hilang, masih nak jadi ADUN? v.2

Logiknya menjadi pemimpin yang bertanggung jawab perlu memberitahu mana mana pihak yang berkepentingan kemana mereka berada. Kalau rasa 5 hari menghilang tu tidak boleh di jadikan sebab untuk di pertikaikan sikap tanggung jawab mereka, sila jadi ketua rumah tangga. Jangan samakan rumah tangga dan pemimpin negeri.

Ikuti kenyataan berikut,

"Mereka sedar dan tahu isi kandungan tersebut.

"Mereka juga bukan diacukan pistol ke kepala mereka untuk dipaksa menandatangani surat tersebut," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah dimaklumkan tentang kekosongan kedua-dua kerusi itu oleh Speaker DUN pukul 8 pagi tadi.

"Ke mana mereka selama lima hari ini? Jika benar mereka telah menyertai Umno sekali pun, maklumkan kepada kerajaan negeri.

"Mengapa setelah Speaker umumkan akan hantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), baru mereka nak melatah," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Jamaluddin semalam yang mahu mencabar Speaker kerana mengumumkan kekosongan yang wujud berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima daripada dua ADUN terbabit di Ipoh pukul 5.45 petang semalam. - Mstar
Kalau rasa nak bermain main dengan amanah rakyat, sila letak jawatan. Kalau sikap pemimpin yang macam ni, kalau dapat jadi penghulu pun dah cukup bagus. Kalau rasa nak lagi pangkat, jadi pengerusi PIBG. Tu pun kalau ada peluang cilok duit yuran. Wakakakak !!!

2 comments:

add said...

kalau macam tu nasarudin dulu la letak jawatan adun, lepas tu baru 2 adun ghaib ni lakukan,,,,

radenjowo said...

Nasaruddin tak tertakluk pada apa apa perjanjian.

Wakakakak !!!