[...]Beliau bersama isterinya dengan wajah gembira disambut kehadirannya oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya rakyat Bota serta ahli Pakatan Rakyat yang membanjiri seluruh tapak padang di stadium tersebut, meraikan kemunculan julung kalinya berceramah dalam Parti Pakatan Rakyat.
Beliau menjelaskan bahawa kemasukkanya ke dalam Pakatan Rakyat bukan disebut "melompat" tetapi lebih wajar dipanggil "hijrah" ke dalam Pakatan Rakyat.
"Sebab, kalau disebut "melompat" itu seolah-olah saya dengan tiba-tiba sahaja tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam Pakatan Rakyat. Tetapi lebih manis diibaratkan perbuatan saya ini sebagai berhijrah kerana ia bermaksud, dari tempat kucar-kacir masuk ke parti yang disenangi iaitu Pakatan Rakyat Perak," katanya.
Pada ceramah malam tersebut, beliau mengulangi bahawa kemasukkan ke dalam Pakatan Rakyat adalah dengan rela hati, tidak ada paksaan sesiapa serta jauh sekali menerima sebarang tawaran dari Pakatan Rakyat seperti didakwa oleh pihak Umno/BN.
"Tuan-tuan jangan sekali-kali percaya dengan tomohan dan fitnah dilemparkan oleh Umno/BN yang kononnya saya dapat ganjaran atas kemasukkan saya ke dalam Pakatan Rakyat. Segalanya itu adalah bohong belaka dan cuma rekaan mereka kerana sakit hati," tegas Nasaruddin di depan 50,000 orang hadirin. [read more]
2 comments:
kah kah kah kah mmaf wak dah cuba ngelak dari guna... tapi berkenan sangat laaaa wak nampak kemas.emmmmm jagan marah yaa wak.. hee he he he he
nanti kena jual... dua di perak dah kena beli...
Tak der hal
Wakakaka !!!
Confuse ... !!!
Post a Comment