Botol arak, kondom bergelempangan

BUKTI...botol arak bertaburan sekitar Water Front.
KUALA TERENGGANU:
Kawasan rekreasi Water Front yang terkenal di kalangan pengunjung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan menikmati pemandangan indah pesisir pantai kini tercemar dengan pelbagai kegiatan maksiat.

Lokasi itu bukan saja menjadi sarang maksiat tetapi turut dicemari dengan botol arak serta kondom yang bersepah.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, terdapat segelintir remaja sekitar bandar ini menjadikan kawasan rehat di sekitar Water Front itu sebagai tempat memadu kasih tanpa menghiraukan orang sekeliling yang beriadah.

Seorang pemancing, Abdullah Mahmud, 51, berkata dia sering terserempak pasangan kekasih bercumbuan di bawah pokok di tempat menunggu bot nelayan berdekatan kawasan itu. [read more]

No comments: