Analisa Kejatuhan Kerajaan Pakatan Perak

[...] Umno boleh mendabit dada kononnya parti itu sebenarnya yang diingini oleh orang Melayu Perak. Umno juga boleh berangan-angan mengatakan parti merekalah dipercayai rakyat seluruhnya. Atau Umno juga boleh mengakui partinya turut sama direstui istana apabila Sultan Azlan Shah bersetuju melantik MB dan tidak bersetuju membubarkan DUN Perak seperti mana diminta oleh Pakatan Rakayat.

Apapun Umno tidak perlu peduli. Restu dari istana adalah penting dalam konteks politik negara ini. Samada tindakan istana itu betul atau sebaliknya itu soal lain.Umno menampakkan kuasa yang mereka perolehi itu betul dengan mencari tukang-tukang untuk mencanangkan tindakan itu betul dan tepat. Banyak tukang-tukang demikian yang boleh diupah atau diberikan imbunan pangkat dan kedudukan.

Tukang-tukang itu boleh menjustifikasikan atas berbagai nama; budibicara, kebijaksanaan atau pandangan jauh Sultan.

Adat dan kepercayaan kolot orang Melayu meletakkan apa juga yang dilakukan Sultan itu betul walaupun kesalahan dilakukan itu kadang-kadang terang benderang, atau kadang-kadang pada satu masa dulu kita sendanri menetangnya dan menyokong balik atau menyetujui bila ia memberi keuntungan kepada kita. [read more]

1 comment:

tok iskandar said...

Ada 3 cara digunapakai UMNO untuk menumbangkan Pakatan Rakyat di Perak.
1. Gunakan Sultan.Dah berjaya kaedah ini.
2.Laga-lagakan komponen dalam Pakatan Rakyat.
DAP salahkan PAS.PKR salahkan DAP.PAS salahkan PKR.Sedang berlaku.Faktor meletakkan kesalahan kepada DAP dengan mengkambinghitamkan Nga dan Ngeh.PKR pula dengan menyalahkan 2 Exconya yang melompat,Faktor PAS dengan menuduh Nizar boneka DAP.
3.Derhaka kepada Sultan.
Kalau 50 tahun dulu,taktik ini mungkin menjadi tapi zaman dah berubah.Sekarang Jebat Express pun dah ada.Ketika ini walaupun semalam Pakatan Rakyat mengadakan demo membantah keputusan Sultan Perak yang enggan merestui pembubaran DUN Perak dan memecat Nizar sebagai MB Perak,rakyat masih memihak kepada Nizar.

Apa yang perlu dilakukan oleh bloggers ketika ini ialah bersatu dan berganding bahu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di kelima-lima negeri.Di samping itu,mencari sebanyak mana yang boleh kesalahan kerajaan haram BN yang baru untuk menjatuhkannya.

Tok ada dengar cerita,ada ADUN BN nak lompat parti pasal tak setuju Zamri jad MB.Ada juga ADUN senior di kalangan UMNO yang tak puas hati jika ketiga-tiga ADUN Bebas ditawarkan kerusi Exco.Tok juga ada mendengar percubaan UMNO mencuri ADUN PKR atau DAP yang berbangsa India kerana ketika ini BN tiada wakil berbangsa India.