"Terjongket kereta tu wak !!!, "kata Pak Leman Tukang Kebun
"Aiikkk ... leman, kan kita nak raya", kata Wak
"Siapa punya tu?", tanya Leman
"Nak bantu orang miskin ... ", kata wak
"Aiikkk .. kena hanto ghumah aku satu tu kakakak", kata Leman lagi
"Tengok la, kalau patut bagi kita bagi", kata wak lagi.
Aku teringat bila waktu nak raya. Orang tua aku memang suka beli kain sepapan sepapan .. untuk bagi pada orang kampung. Masa tu berapa sangat. tak mahal, tak macam sekarang. Jadi penuh la bonet kereta di letakkan kain. Terjongket .. Kalau tengok dari jauh memang kelakar. Kereta dah jadi macam bot sangkot.
Tapi bertahun tahun dia buat cam tu. Tak minta balasan. Cuma katanya, "Cukup lah kalau aku mati nanti, diorang sedekahkan doa. Tu pun kalau ingat, tak ingat tak per la".
Tu sebab orang tua aku tu masih lagi namanya segar sampai sekarang. Sebut je nama dia, orang semua kenal. Bukan nak bangga, tapi bersyukur.
Atas keperihatinan orang orang politik di kampung, diorang pun recommend kat Sultan dan di anugerahkan PJK kepada bapak aku. Sibuk la dia buat baju untuk gi ke Istana. Sedondon .. macam orang muda gayanya. Mak aku yang tak pernah gi istana, kekok dibuatnya.
Peristiwa tu aku masih ingat lagi dan sampai sekarang, gambar yang di ambil di dalam istana masih aku simpan. PJK ... tapi macam dapat Datuk !!! Wakakak !!!
Aku bukan nak songket bontot sendiri. Tapi realitinya anugerah dulu lebih bermakna dari sekarang. Sekarang ni, kalau ada duit, Dato Seri pun boleh dapat. Ntah mana datang manusia, ntah apa jasa mereka. Tetiba dapat Datok Seri.
"Hello wak! malam ni kalu ada sinang, datang gua punya lumah", kata jiran aku.
"Ada meeting penduduk ke?", tanya aku
"Talak la ... gua bikin makan makan", kata tokey.
"Waaaa ... baik ini macam. Tiap tiap hari ka?", aku tanya
"Aiyaaa ... tiap tiap hali .. mati la gua", kata tokey.
"Wakakak .. ok ok ok ... apesal? Ada dapat baby baru ka?", aku tanya.
"Talak la .. jangan celita olang a .. gua lapat Lato'", terang tokey.
"Aikkk .. orang dapat cucu, lu dapat Dato' ka?", aku tanya sambil gurau.
"Haiyya ... itu title la", jawab tokey.
"Mana mali?", tanya aku lagi.
"Pahang sana ... ", jawab tokey.
"Wooo ... ok ok .. saya mari", aku kata.
"Hello boss !! Berapa?", aku tanya.
Dia terus pergi sambil kenyit kan mata. Wakakakak !!! Aikk .. cina mata sepet ni pun pandai kenyit mata kat aku.
Haha.... tak pernah bantu penduduk, tak pernah tonjol muka, tiba tiba dapat Dato'. Wakakakak ... bantai la labu.
Aku? Tak payah la ... aku tak berhak dapat title tu kerana aku tak der jasa pun dengan rakyat. Duduk depan komputer, picit sana, picit ni. Nak dapat Dato? Wakakak !!! Kelakar Aziz Satar.
Tu sebab anugerah dulu dan sekarang lain maknanya.
Tapi kalau dapat Dato' boleh bawak masuk keranda jadi lampu atau boleh tunjuk pada malaikat untuk claim syurga 7 tingkat, hari ni jugak aku dapatkan Dato'.
So .. Syed Ali .. kalau betul la nko minta Sultan tarikh balik title DS dari Nizar .. Nko ambik la. klik sini
Wakakak !!!
No comments:
Post a Comment