Anwar di tipu oleh orang ini

Ramai rakyat termasuk blogger yang tidak memberikan sebarang komen di atas kemasukan Nasaruddin kedalam PKR. Cuma wak ingat bahawa wak pernah berkata ... "Jangan bawa perangai UMNO masuk ke dalam Pakatan rakyat." Dan sekarang lihat apa kata dia,
Nasaruddin sertai semula UMNO untuk kuatkan kerajaan Perak
PUTRAJAYA 4 Feb. — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali semula ke pangkuan UMNO hari ini setelah 10 hari menyertai Parti Keadilan Rakyat berkata, beliau berbuat demikian kerana mahu melihat tertubuhnya sebuah kerajaan negeri yang kuat dan stabil.

“Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai UMNO dan Barisan Nasional mulai hari ini,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. - Bernama
Siapakah yang tertipu?

5 comments:

tok iskandar said...

Bukan Anwar sahaja tetapi hampir 15ribu orang Perak yang hadir mendengar ceramahnya di Bota hari tu juga tertipu.

Tak layaklah dia jadi MB Perak.Penipu dan talam dua muka.

Menang macam ni tak lama kerana barua politik tak ada tempat di hati rakyat.

Imej UMNO dan BN selepas ini menjadi semakin buruk dan tak diterima rakyat lagi.

Tun Dr Mahathir pun bantah UMNO terima mantan 2 Exco PKR ke dalam parti itu.

Kaki rasuah geng dengan geng rasuah

mangchikla said...

"Siapakah yang tertipu? "

Mereka dengan keluarga mereka ~ Deana Yusof

PS - Terbaca kununnya Hamzah Zainuddin yg akan jadi MB.

Anonymous said...

tipah tertipu bang...

Anonymous said...

Dalam ribut kat Perak ni... mana Anwar? Bermenung atau mengatur langkah? barang diingat...usah pinggirkan pejuang jalanan yang terus konsistan berjuang untuk keadilan.... ambil sebagai pengajaran, mungkin banyak lagi musuh dalam selimut di negeri lain. Jangan 100% percaya pada orang sekeliling yang mungkin berkepentingan.... ambil contoh Ezam si Mat Kotak. Anwar jangan terus lalai dan leka dengan kabar jalan ke Putrajaya telah hampir. Jangan dilaung pekara yang belum terjadi tapi lipat ganda usaha.

Perjuangan menegak kebenaran memang susah, tapi jangan baru sedikit di jamah terus lupa dimana bumi dipijak, dimana langit dijunjung. Hati-hatilah dengan setiap langkah dan gerak.

apa pun LAWAN TETAP LAWAN

Anonymous said...

wakakkaka Anwar .. two can tango

you play back-back

now you kena tikam back

soli, mai inglish not so gud ma