Sedikit harapan

Belum ada keputusan lagi, kata MB Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin berkata, sehingga kini belum ada keputusan muktamad samada kerajaan negeri Perak yang ada akan jatuh dan diambilalih oleh BN.

Ini kerana, Sultan belum membuat keputusan lagi terhadap permohonannya untuk membubarkan Dun Perak.

Beliau berkata demikian kepada Tvpas.com yang menemui beliau di Pejabat Perhubungan PAS Perak sekejap tadi.

Beliau dijangka akan membuat penerangan kepada pimpinan PAS Perak apa yang berlaku dalam pertemuannya dengan Sultan Perak petang tadi.

Turut serta di pejabat PAS Perak adalah Adun dan juga Exco kerajaan negeri. - Siasah

1 comment:

Anonymous said...

Wak

Bagi aku senang je. Esok BN akan tubuh kerajaan negeri perak. Alasan aku - Paduka Sultan mahir undang-undang, tidak sukar bagi baginda nak buat keputusan.Bahkan aku rasa baginda dah buat keputusan. Tunggu masa je nak isytihar.

Aku rasa pengisytiharan keputusan tu sengaja dilambatkan. Seolah-olah menunggu ketibaan seseorang yang berada diluar perak. Kalau tidak buat apa tangguh keputusan.

Ade blogger kata - ada 4 atau 5 orang ADUN DAP lagi nak lompat.

Yang hanya termampu dibuat adalah berdoa. Dan juga diharapkan rakyat perak akan keluar mengadap Paduka Sultan untuk meminta dibubarkan DUN.

Kalau tidak, eloklah EXCO dan mereka-mereka yang bertugas kat SUK tu mula berkemas kerana esok orang BN nak masuk....hehehehe.

Kalau najib pandai, dia akan lantik ADUN Behrang dan Cangkat Jering jadi Exco kerajaan baru - kasi geng Pakatan berkerk.


bat8