BELIKAN CERMIN UNTUK KHIR TOYO

[...] Apabila krisis politik di Perak berlaku terutamanya apabila melibatkan istana, Khir Toyo bersama juak-juak murahannya mula mendapat nafas baru. Maka, berangkatlah Khir Toyo ke P.Pinang bersama rombongan yang jadi pak turut tu berhimpun di depan rumah Karpal Singh. Kononnya Khir Toyo mahu menunjukkan kehebatannya membela Sultan Perak yang ingin disaman oleh Karpal Singh. Maklumlah, Khir Toyo adalah salah seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Ketua Pemuda Umno, maka wajarlah beliau berbuat demikian. Tetapi, beliau lupa bahawa bapa kepada rakan seperjuangannya Mukhriz Mahathir tu adalah punca mengapa Karpal mempunyai ruang berbuat demikian. Lupakah Khir kepada peristiwa hitam di Parlimen pada tahun 1993 ? Bagaimana dengan peristiwa penabalan Sultan Kelantan yang dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan ? Jika ianya terlalu lama untuk Khir ingati, kenangkan kembali peristiwa hitam yang terbaru di Istana Kuala Terengganu semasa krisis perlantikan MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum Ke 12 baru-baru ini. Siapa mereka-mereka ini semua ?

Suka kita ingatkan Khir Toyo, beliau jangan terlalu menumpukan kepada rawatan di wajahnya semata-mata tanpa pernah melihat cermin. Cerminlah diri sendiri dahulu jika ada cacat cela, kemudian rawatilah dengan baik. Banyak kisah tentang Khir Toyo di Selangor terutamanya sepanjang beliau memanaskan kerusi MB di negeri tersebut. Mengapa bersusah payah merantau sampai ke P.Pinang sedangkan rakyat dan pemimpin PR di Selangor sekarang sedang sibuk `mencuci segala najis' yang beliau tinggalkan di merata-rata tempat di Selangor. Saya rasa Khir Toyo pasti mampu memenangi kerusi yang diidamkannya di dalam Pemuda Umno sekiranya beliau berani mengajak Mukhriz berdebat soal `Siapakah Pengkhianat Raja-Raja Melayu'. Mungkin Khir Toyo boleh pertimbangkan!! [read more]

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Akhirnya Karpal membelikan cermin untuk Khir Toyo lalu berangkatlah khir dengan juak juaknya untuk berdepan di rumah Karpal ketika rakan rakan seselimut dan sekutu dengan singh itu sedang bercita cita merampas semula Perak dengan cara menghasut - menghasut itu lebih mulia dari merampas.

Selain penderhaka, nizar kini mula jadi penghasut - MB halal yang haram.

radenjowo said...

Wakakak .. !!!
Datang kat tempat orang beri salam sikit.

Wakakak !!!

Gelombang Rakyat said...

Salam Radenjowo,

Donga kabar eiy, tak ado chapo nak jual ceromin kek dio dor.

Dulu lain sekarang lain ye bang..?

EQUILIBRIUM said...

hehehe ini gara2 kirtoyo tak boleh nampak dulu pakai spek sekarang pakai kontek lens muahahahaha