Berjayakah UMNO lagakan Sultan dan rakyat?

Semakin kerapnya berkumpul juak juak British UMNO di istana, semakin bencinya rakyat kepada Istana. Bukan kerana Raja setuju dengan apa yang UMNO buat, tapi setakat Sultan terima memo yang isinya ntah apa apa. Kalau memo tu cuma ada sepotong ayat bertanya "Dah makan ke belum?", tapi pada rakyat seolah olah, Sultan setuju dengan apa yang UMNO suruh. Itulah strateji UMNO. Mahu lihat Sultan sekongkol dan menjadi musuh.

Mula Sultan Perak .. Sekarang ni Sultan Selangor. Selepas ni ntah mana pulak Sultan yang akan terpalit sama. Benci bukan di mulut, tapi benci di hati. UMNO mengajak Sultan berkongsi benci rakyat kepada mereka. Kalau sebelum ini UMNO sudah di tolak, sekarang UMNO mahu rakyat tolak Sultan sama. Biar dua dari satu.

UMNO sudah kelemasan. Kalau sudah jatuh perigi, ranting halus pun berguna lagi. Pantang apa ada di depan mata, semuanya di capai untuk selamatkan jiwa. "Dari aku mati sendiri, baik mati bersama sama."

Raja memang tahu bahawa Taat bukan di suruh, setia bukan di minta. Sifat ini datang dengan rasa ikhlas dari lubuk hati. Bagai di sebut, Dari mata turun ke hati. Kasih berakhir di lubang kubur. Cinta berakhir di jinjang pelamin. Bila beranak pinak, cerai sana dan sini. Menduda dan menjanda akhir cerita.

Kalau perlembagaan dan kuasa Sultan tidak di rombak, perkara begini tidak berlaku. Asal cerita mula bicara adalah UMNO mahu jajah Perak. Bila tiada punca dan alasan, maka ikhlas menjadi paksaan dan disitu lah bermulanya cerita.

Mulanya kita rasa selesa. Raja mempertahankan rakyat dan negara. Dengan undang undang, maka Sultan bisa bicara. Kita dah lupa bahawa pernah Raja di hina dan kini di perguna. Yang rugi bangsa Melayu, Yang di Perguna Raja melayu dan yang menjadi punca masalah adalah UMNO, parti Melayu.

Kalau dah Raja kata, MB di tukar, maka Melayu dan rakyat pun angguk setuju. Rakyat akan kata "Daulat Tuanku, Perintah Tuanku kami junjung". Tapi dikatakan lain, di kota juga lain. Maka hati bertanya tanya, kemana perginya Raja. Ke hulu atau ke hilir. Kredibiliti Raja pun tersungkur, angkara UMNO yang durjana.

UMNO mengheret Sultan untuk di hina. UMNO adalah anak yang di susukan penjajah. Tak pernah lupa asal usul kerana watak dan perangai pun serupa. Kini wajah penjajah terpampang di muka. UMNO menjadi wira untuk kacau bilau jadi nya. Raja keliru, rakyat mahu di tipu. Berjayakah UMNO lagakan Sultan dan rakyat?

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Dalam keadaan semasa, Dolah yang sedang berkemas kemas takut Plan B tak jadi dan Najib yang terpalit keji dan lemah, mana mungkin UMNO boleh melagakan Sultan dan Rakyat lebih lebih lagi seluruh rakyat sekarang sedang berada di belakang Pakatan.

Sokongan rakyat yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan tidak mampu diroboh oleh UMNO - pemimpin UMNO sekarang dalam ketakutan dan ketandusan idea.

Yang hanya mampu menjadi batu api, mempergunakan rakyat dan seterusnya melagakan rakyat dan sultan berada di tangan di pihak yang bongkak, angkuh dan mengambil kesempatan tentulah Pakatan Rakyat sendiri - UMNO akan jadi mangsanya dan dimomokkan sebagai mempergunakan sultan.

Anonymous said...

aku dah tak paham dengan kluangman ni