SEBAGAIMANA yang dilaporkan oleh media arus perdana, memang DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah ada bertitah “…MP Perak dinasihatkan letak jawatan…”; ketika bertemu secara tertutup dengan Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tersebut menjelang tengah hari tadi.
Namun, MB Perak selain menjunjung kasih titah tersebut, beliau juga turut memohon sembah supaya tidak meletak jawatan dan meminta perkenanan Sultan untuk pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat ini.
Ini bermakna YAB Mohd Nizar Jamaluddin tidak mahu Kerajaan PR Perak pergi sejauh itu; sebaliknya bersedia pulangkan situasi genting tersebut kepada rakyat untuk membentuk kerajaan Perak baru melalui pilihanraya kecil yang adil dan demokratik.
Sebenarnya, apa yang dititahkan oleh Sultan Perak adalah sesuatu yang menepati Undang-Undang Tubuh Negeri kerana nasihat dan perkenanan baginda sangat diperlukan dalam situasi segenting sekarang ini.
Namun, apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar Perak YAB Mohd Nizar Jamaluddin juga adalah sesuatu yang bertepatan dengan prinsip perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. [read more]
No comments:
Post a Comment