Imbas: UMNO punca Raja hilang kuasa

[...] Buku yang terbaru dan pasti sensasi ialah tesis Ph.D. (Universiti London) oleh Datuk Dr. Rais Yatim tentang kebuasan kuasa eksekutif atau executive supremacy. Sebagai bekas Menteri dan kemudian tokoh pembangkang yang “masak” tentang perjalanan perundangan di negara ini, Rais mempunyai banyak fakta betapa zalimnya Mahathir sebagai ketua eksekutif. Dalam buku itu Rais membuat rumusan bahawa Mahathir ialah diktator yang menyalahgunakan kuasa sewenang-wenangnya atas nama undang-undang (rule by law instead of rule of law).

Kesemua buku ini menceritakan dengan terperinci bagaimana Mahathir sebagai ketua institusi eksekutif telah menyalahgunakan seluruh kuasanya untuk mengarah dan memperbodohkan institusi kehakiman. Mahathir turut mengurangkan kuasa Raja Berpelembagaan pada 1983 dan sekali lagi pada 1993. Kedua-dua insiden itu adalah tragedi yang besar sekali kesannya kepada kedaulatan bangsa Melayu kerana selepas pindaan perlembagaan 1993, hampir tidak ada lagi kuasa yang tinggal pada Raja-Raja. Pendek kata Raja-Raja tidak lebih seperti boneka. Kalau berlaku pemindahan kuasa dari tangan politikus Melayu kepada kaum lain, Raja tidak lagi boleh mempertahankan kedaulatan dan hak Melayu. Memang ini suatu yang diinginkan oleh Mahathir kerana dari kecil lagi beliau memang anti budaya dan adat istiadat Melayu termasuk Raja-Raja Melayu. Buktinya baca buku Malay Dilemma.

Kalau kuasa Raja boleh dikurangkan, mudah sangat bagi Mahathir untuk mengurangkan kuasa pada institusi utama yang lain. Ramai di antara kita masih belum lupa bagaimana Mahathir menyerang dan melumpuhkan institusi kehakiman menerusi isu penyingkiran Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara. Penyingkiran tersebut berpunca selepas beberapa keputusan penghakiman yang tidak memihak kepada kerajaan. Ini terbukti dalam kes pengharaman UMNO pada 1987, kes Berthelsen vs. Director General of Immigration 1986, kes Ling Kit Siang dan UEM, 1987. Dalam ketiga-tiga kes tersebut Kerajaan telah kalah dalam kesnya di Mahkamah Agung. Ini menyebabkan Mahathir berang lalu bertindak ganas. Mahathir mahu memastikan untuk masa-masa berikutnya supaya apa sahaja keputusan mahkamah akan memihak kepada kerajaan. Oleh itu langkah drastik harus diatur. [read more]

No comments: