Isu Perak:blog NOBISHA tulisannya selemah Akal Nobita dan Dangkal!!

[...] Sekarang bukan soal prinsip tetapi tumpuannya soal tekanan,ugutan dan penculikan oleh agensi penguatkuasaan yang digunakan Umno. Kalau siapapun umum keluar parti kita tidak kisah, tetapi jangan sampai keluarga nak hubungipun tidak dapat, dikawal agensi kerajaan ditekan diculik dan diugut. YB Nasaruddin adun Bota masih lagi boleh dihubungi rakan rakan kecuali Tajol rosli yang panggilannya tidak diangkat, itupun takut takut Tajol menangis didalam telefon.

Inilah politik kotor cara Najib. modus operandis nya masih sama gaya penculikan Saiful dan Bala Subramaniam. Mereka tidak dapat dihubungi. Kalau cara Najib ini dikatakan bijak oleh Nobisha memang bodohlah orang ini. Selain Najib Zahid haji yang pernah menumbuk dan membelasah seorang pemuda menjadi perancang kepada keseluruhan paksi kejahatan Najib.
Jadi diminta penyokong Pakatan berhati hati dengan tulisan dalam blog Nobisha ini, secara halus mahu memecah belahkan Pakatan, menimbulkan kesangsian sesama komponen Pakatan, ia Virus berdarah Umno yang menyamar sebagai penyokong perubahan. Malah caranya sama seperti awal kemunculan Agendadaily, cuba menzahirkan penyokong perubahan tetapi agen pecah belah. Jadi…nasihat saya pada Nobisha kalau lemah menganalisis jangan sampai jadi barua kepada Umno.[read more]

5 comments:

Anonymous said...

Salam dan tahniah Raden Jowo,

Titipan saudara tajam, tepat dan bernas.

Salam takzim

radenjowo said...

Salam Kerajaan Rakyat

Artikel tu saya kutip dari Perakexpress, hasil tulisan Reformis Muda.

Tapi memang saya setuju dengan artikel tersebut.

Syabas !!!

tok iskandar said...

Jika berlaku pembubaran DUN Perak dan pilihanraya diadakan semula,peluang Pakatan Rakyat untuk memerintah negara semakin cerah.

Keputusan Pilihanraya di Perak akan menjadi model dan ikutan kepada rakyat di Sarawak yang juga berdepan dengan pilihanraya DUN Sarawak.

Jika Pakatan Rakyat menang besar di kedua-dua negeri ini,petanda Najib dan Pak Lah bukan sahaja berdepan aib besar tetapi juga tidak mampu menghalang lagi kebanjiran wakil rakyat BN melompat menyertai Pakatan Rakyat.

Contohnya di Sarawak,MPnya hampir pasti melompat menyertai Pakatan Rakyat jika kesemua DUN di bawah parlimennya dimenangi Pakatan Rakyat.

Nampaknya regim UMNO-BN semakin menuju ke zaman kepupusannya.Halatuju kita ke Putrajaya dengan harapan baru semakin hampir dan menjadi mimpi ngeri kepada Pak Lah dan Najib.

Serahkan semula mandat kepada rakyat Perak untuk menentukan kepimpinan yang bakal menerajui Perak.

Pilihanraya kecil parlimen Pensiangan dan pilihanraya DUN Sarawak akan menjadi faktor penentu kejatuhan pemerintahan regim BN di negara ini.

InsyaAllah Pakatan Rakyat akan berjaya di Perak,Pensiangan dan Sarawak.

Pemecatan Imam Ramlang Porigi yang berasal dari Sabah akan menaikkan semangat seluruh kakitangan awam dan rakyat sabah lebih gigih mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Kelak,UMNO akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan dimuziumkan.Untuk mengelak daripada dilupakan oleh generasi akan datang,eloklah kita tukar nama rasuah kepada UMNO.

Tentu ramai yang bersetuju.......

Anonymous said...

Kalau di lihat kekerapan Nobisha keluar TV pun dah boleh agak yang dia akan condong ke BN.

Sebelum ini artikel nya agak adil. Tapi akhir akhir ini saya nak baca pun menyampah. berlebih lebih sangat.

Berapa dapat agaknya?

Panglima Perang Cyber said...

salam ziarah..

Nobisha aka Nobita ?

best kan dapat pekena orang hehe..lagi lagi jika kita ada 'lesen' hehehe..

Cuma saya tak nak campur bab ni.

sesekali takkan kita nak marah dan panas kalau dia kutuk kita ?

dan besar lubang hidung time dipuji beliau?

kena terimalah...samada baik buruk hehehe