Jangan belakangkan ajaran agama - Mufti

http://laiyuzeng.files.wordpress.com/2008/06/lalang-ii.jpg
IPOH 9 Feb.
- Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menasihatkan masyarakat Melayu di negeri ini supaya tidak mengambil tindakan yang membelakangkan ajaran agama.

Beliau berkata, tindakan segelintir masyarakat yang melakukan rusuhan dan demonstrasi jalanan akan mengakibatkan keadaan menjadi bertambah buruk.

''Umat Islam tidak digalakkan melakukan sesuatu perkara yang boleh mengundang keburukan," katanya di sini hari ini.

Menurut Harussani, umat Islam harus mentaati pemimpin selagi pemimpin itu melaksanakan tugasnya dengan baik.

Selaku Sultan Perak, kata beliau, Sultan Azlan Shah hanya melaksanakan tanggungjawab baginda melantik Menteri Besar.

''Pelantikan Menteri Besar tidak sepatutnya dijadikan isu di kalangan orang Melayu kerana ia adalah kuasa baginda," katanya. - utusan meloya

No comments: