Kenyataan bekas MUFTI PERLIS


[...]2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.

3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya? [read more]

1 comment:

Mike said...

Orang Melayu kampong yang boleh dibeli dgn sehelai kain batik senanglah percaya benda ini.

Haritu saya pergi Gerik, ada seorang Melayu kata MB Ir Nizar ini boneka DAP, dok bagi tanah orang Melayu kpd Cina, untuk 999 tahun pulak tu. Saya pun tanya dia, "Awak tahu ke tanah mana yang diberi?". Tanah kita lah, jawabnya.

Saya pun beritahunya bahawa tanah yg diberi tu tanah depa dah duduk lebih 50 tahun, dah bergenarasi,semenjak waktu ancaman kominis dulu.

Yang sepatutu kita marah adalah orang Umno yang curi tanah rakyat dan jual pada orang Cina. Itu Khir Toyo dan semua MB Umno dok buat kerja tu le.