[...] Tidak habis cerita rasuah pemimpin politik negeri Perak, timbul pula kisah lompat-melompat parti. Adun Bota Datuk Nasarudin Hashim yang memulakan langkah pertama dengan meninggalkan Umno pada Januari lalu untuk melompat menyertai PKR (sebelum melompat semua kepada Umno 10 hari kemudian).
Maka teramat marah Ketua Penerangan Umno Johor Dr Mohd Puad Zarkashi yang menganggap lompat-melompat di kalangan wakil rakyat sebagai perbuatan khianat kepada pengundi yang akan mencemarkan imej negara.
"Saya sedia memperjuangkan penggubalan undang-undang (anti-lompat) di Parlimen. Saya terdorong untuk berbuat demikian kerana saya juga adalah antara Ahli Parlimen yang cuba dipengaruhi oleh (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim," katanya kepada salah sebuah akhbar milik Umno yang disiarkan pada 27 Januari lalu.
Beberapa hari kemudian beliau mengulangi pendiriannya yang turut menyifatkan pemimpin Umno yang melompat parti sebagai individu yang tidak ada nilai kemanusiaan, tidak bermaruah dan seperti seekor katak.
"Mereka juga seperti penjenayah kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi sedangkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu atas tiket BN," ujarnya. [read more]
4 comments:
ADUN Pangkor dilantik Najib menjadi MB x original.Yelah kerajaan yang dibentukpun secara haram melalui rampasan kuasa.
Sekali lagi Pangkor ke persada politik negara,bukan sebagai destinasi pelancongan tetapi percaturan politik najib untuk melantik MB x original.
Suatu ketika dulu ada perjanjian pangkor yang mengundang kemasukan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu
Rampasan kuasa ini bolehlah disifatkan sebagai Perjanjian Pangkor 2 yang mengundang penjajahan UMNO ke negeri Perak serta segala jajahan takluknya.
Rakyat Perak yang telah menolak kerajaan BN di dalam PRU12 Mac 2008,dipaksa menerima kembali BN melalui politik mafia yang dimanipulasikannya berbekalkan talian hayat Sultan Perak dan sokongan moral 3 DUN Bebas yang kini mesra BN.
Selama mana penjajahan UMNO BN ke atas Perak tidaklah diketahui.Ketika ini seantero dunia telah tahu bakal PM Malaysia,Najib rupa-rupanya setaraf dengan Mugabe.
UMNO apa peduli..janji menang.
UMNO parti kuno yang barbaric hampir pupus tak lama lagi.
Salam WakRaden,
Selain dari lidah, apa lagi yang tak bertulang? Kata orang itu umno punya.
Kedengaran angin bertiup kencang ketiga ADUN Bebas berkira-kira hendak menyertai semula Pakatan Rakyat walaupun telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh perompak Demokrasi Perak @ Najib.
Jika ini berlaku,amarah Pak Lah terhadap najib akan sampai ke kemuncaknya setelah sebelum ini telah sampai ke pengetahuannya kem najib sedang bertindak memancung hulubalang-hulubalang Khairi iaitu Wan Farid dan Norza Zakaria.
Prestasi Najib sebagai pembantu kanan Pak Lah juga tidaklah membanggakan dengan pelan pemulihan ekonomi yang agak perlahan menyaksikan 10 ribu rakyat Malaysia kehilangan kerja ketika ini.
Apa yang Najib lakukan ialah membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat di Perak untuk melompat parti untuk merampas kuasa pemerintahan negeri Perak
Sebagai jeneral UMNO di dalam PRU12,PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu,kekalahan hatrik tersebut lebih mengecewakan hati Pak Lah.
Kemelut politik di Perak sebenarnya akan menjerat najib.Ketika itu Pak Lah lepas tangan dan menyalahkan Najib sebagai kambing hitam.Percaturan politiknya akan mengakibatkannya kehilangan jawatan di dalam kabinet dan parti.Ringkasnya,habislah harapan aku nak jadi PM.
biasalah UMNO,dari dulu,kini dan mungkin selama-lamanya akal cetek.Matlamat yang dirancang dengan apa cara sekalipun mesti terlaksana sedangkan kesan atau impak kepada negara dan rakyat tidak diambil peduli.
Rampasan kuasa di Perak mengakibatkan pelabur asing mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan UMNO-BN yang memerintah Malaysia.tidak berapa lama lagi dijangkakan akan berlaku kejatuhan di dalam BSKL dan peningkatan di dalam pengangguran.
itulah Najib....aku dah cakap,jangan percaya sangat dengan penasihat kau tu.lain kali belajar kat overseas biar sampai habis.jangan beli degree.
Dunia kini melihat najib seperti adik kembar tak seiras Mugabe yang menjadi lanun merompak demokrasi di Perak untuk kepentingan peribadi.
segala kebobrokan dan kebejatan najib kini boleh dilayari di wikipedia,kamus online tersohor di dunia.korang klik je nama Najib kat google atau klil wikipedia kat google.lepas tu taip nama najib.
Kiamat politik najib makin hampir dan khairi sedang mengintai peluang untuk membalas dendam.
Lain kali jangan gelojoh sangat,akibatnya kau hilang jawatan
Pegasas,
Rasa nak sebut .. tapi takut orang kata mencarut.
Wakakakakak !!!
Post a Comment