Marah rakyat luar biasa

[...] Bagaimanapun tindakan polis itu gagal melemahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat sehingga memaksa dua pemimpin PAS, termasuk pembantu Mohamad Nizar, menyeru mereka bersurai.

Kedua-duanya menyeru para penyokong Pakatan pada jam 3.30 petang dan setengah jam kemudian, termasuk dari atas kenderaan polis bagi meredakan baki 2,000 mereka yang kecewa dengan tindakan BN menumbangkan kerajaan campuran di Perak.

Beberapa ratus orang terus tinggal berdekatan masjid menunggu kenderaan-kenderaan rasmi itu melalui jalan tersebut selepas acara angkat sumpah yang selesai kira-kira 4.30 petang.

Mereka mengboo setiap kali kenderaan itu melepasi depan masjid sebagai lambang kemarahan luar biasa susulan drama mencemaskan peralihan kuasa di Perak kepada BN melalui lompat parti. [read more]

5 comments:

Pewaris Melayu said...

PR?
no standart lah..cakap banyak,
sembang kuat, kerja habuk pon tarak..

hak tuihh!

Pewaris Melayu said...

daulat tuanku! Daulat Tuanku!

kita musnahkan Yahudi Melayu (melayu PR) di Malaysia!


PR kalah! Keciwa! hanya tahu MENYALAK dalam internet dan buat demo sahaja! No standart dalam Pr dan penjilat2 Pr semua.

kasihan dia..
kesian nizar.. hahahaa

tok iskandar said...

Tok ingin memohon penjelasan JAKIM

Tariqat Naqsyabandiah aliran Syeikh Nazim al-Haqqani telah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Kedah (JKFK) sebagai bertentangan dengan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.

JKFK telah menyenaraikan 5 isi ajaran tariqat ini yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Antaranya ialah mengamalkan ajaran wahdatul wujud, Nur Muhammad dan Martabat Tujuh. Mereka juga dilihat oleh JKFK telah mengamalkan hadith palsu.

JKFK mencadangkan agar tariqat ini diharamkan dan diwartakan.

Berikut ini adalah Teks Fatwa dari website Jabatan Mufti Negeri Kedah :

Pemimpin tariqat ini ialah Sheikh Muhammad Nazhim Al Haqani. Beliau dilahirkan pada 23 April 1922 bersamaan 28 Syaaban 1340 H. Berketurunan sebelah bapanya bermula dari Sheikh Abdul Kadir Al Jailani pengasas golongan Qadiri dan sebelah ibunya bermula dari Jalaludin Ar Rumi pengasas golongan Mirlizi.

Tariqat ini diasaskan oleh Sheikh Baharrudin An Naqsyabandiah dan Sheikh Muhammad Nazhim yang ke empat puluh yang menerimanya dari Sheikh Abdullah di Daghistani.

Ia dipercayai masuk ke Malaysia pada tahun 1988 apabila beberapa orang rakyat Malaysia menerima amalannya dari Sheikh Muhammad Nazhim.



Di antara pegangan tariqat ini ialah:

1. Tiada bacaan Fatihah di dalam solat jenazah ghaib seperti pegangan mazhab yang empat.



2. Tariqat ini beramal dengan hadis palsu umpamanya: Wahai hambaku taatlah kepada aku dan aku akan menjadikan engkau rabani kemudian engkau juga akan berkata sesuatu jadi maka jadilah ( maksud hadis ).



3. Menggunakan ajaran Wahdatul Wujud , nur Muhammad dan martabat tujuh.



4. Seseorang itu sama ada Muslim, Kristian atau Yahudi atau Buddha tiada memberi apa-apa erti tetapi yang penting di sisi Allah sama ada seseorang itu mencapai gelaran Haqani atau tidak.



5. Mempercayai teori Yaqazhoh dengan Rasulallah yang ditolak Ahli Sunnah Waljamaah.



Keputusan Jawatankuasa Fatwa:

1. Tariqat Naqsyabandiah Al Aliyyah Sheikh Nazhim Al Haqani bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan meyeleweng dari ajaran Islam.



2. Dicadangkan supaya diharamkan dan diwartakan.



3. Sighah pengharaman seperti berikutnya:- Tariqat Naqsyabandiah Al Aliyyah di bawah pimpinan Sheikh Muhammad Nazhim Al Haqani bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Waljamaah dan meyeleweng dari ajaran Islam, pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat

menurut keputusan fatwa neegri sarawak
Kategori : Akidah
Tajuk :
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani
Isu :

Keputusan :


Ahli mesyuarat telah sebulat suara memutuskan bahawa :

i) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim berfahaman dengan fahaman-fahaman Wehdatul Ujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

ii) Tariqat ini berpegang kepada hadis-hadis maudu'

iii) Mereka mengamalkan konsep Yaqazah (dapat berkomunikasi dengan Allah s.w.t dalam mimpi) yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Menurut Pengerusi Kumpulan Ahli Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani pernah melawat Sarawak. Setelah dikaji didapati dalam ajarannya tidak boleh diamalkan oleh orang Islam dan ianya telah diharamkan oleh Kerajaan. Dalam pada itu, Pengerusi walau bagaimanapun ada menyiasat tentang ajaran ini dan hasil dariapda siasatan tersebut beliau berharap agar ianya terus pudar.

Kesimpulannya Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa ajaran ini menyeleweng dan diharamkan


Apa tindakan mufti Perak,Datuk Seri harussani?Tok meminta pihak berkuasa agama negeri Perak menyisat perkara ini dan Datuk seri Harussani jangan hanya pandai bermain politik dengan menuduh MB Perak,Datuk Seri Mohd Nizar sebagai derhaka.Laksanakan tanggungjawab untuk membenteras tarikat songsang ini kerana bahaya jika dibiarka menular.Lebih-lebih lagi Raja Ashman bin Sultan Azlan shah kini Raja Kecil Tengah Perak.

tok iskandar said...

Info tentang Raja Ashman Sultan Azlan Shah di wikipedia

Raja Dato’ Seri Ashman Shah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

His Royal Highness, Yang Amat Mulia Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah is a member of Perak Royal Family. He was born on December 28, 1958. Raja Dato’ Seri Ashman is the son of Sultan Azlan Shah, the present Sultan of Perak. He was conferred the title of Yang Amat Mulia Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan on May 11, 1987. He was given the more senior title of Raja Kechil Tengah on 10 March 1998.

Contents [hide]
1 Education
2 Business career
3 Family
4 Religious

Education
Raja Dato’ Seri Ashman holds a Degree in Economics from the University of Nottingham, England, a Master of Laws from Cambridge University; Barrister-at-Law from Lincoln’s Inn, London, and a Diploma in Business Law from University of London, England.

Business career
Raja Dato’ Seri Ashman has held a number of professional positions. These include:

Executive Director of Dreamland Holdings Bhd. - since 1990 (Director 1988-1990) Chair of the Board of Trustees of Haqqani Foundation Malaysia (HFM)- since 1994 Chair of Dwitasik Sdn. Bhd. Director of KKB Engineering Bhd.

Family
He is married to Datin Sri Noraini Jane binti Tan Sri Kamar ul-Ariffin. He has 2 daughters called Raja Eminah Alliyah binti Raja Ashman Shah, Raja Bainunisa Safia binti Raja Ashman Shah. He also have 1 son called Raja Nazim Muhammad bin Raja Ashman Shah.

Religious
His Highness also holds an Ijazah (permission of investure) in the Naqshbandiya Haqqaniya Order of Sufism from Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim ‘Adil al-Haqqani, the Grand Mufti of Cyprus and Imam of the Naqshbandiya-Haqqaniya Order of Sufism

tok iskandar said...

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam


Kategori : Akidah
Tajuk :
Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-haqqani



Keputusan
a) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah
pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.

b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.







Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000