Moyang aku kah ini?



Maka berperahu lah sekumpulan manusia. Dari dunia yang berkuasa kepada papa kedana. Merentas ombak tinggi dan halangan hantu kopek berdacing biru, melintas lah jua para laksamana dan Raja mereka ke dunia baru, Tanah Melayu. Wakakak !!!

Radenjowo adalah satu nama yang di geruni di puncak gunung Semanggol ketika ini. Langsuir, hantu raya dan hantu galah sudah tidak berani untuk bertentang mata, kelak buta lah mata mereka bila melihat betapa gagah dan perkasa nya Radenjowo. Di jeling, hantu berguling. Di pandang, hantu terlentang. Di terajang, hantu gelak sampai telanjang.

Itu citer asal usul nenek moyang Radenjowo. Kalau bukan kerana lanun lanun yang sudah datang lebih awal, mungkin wak sekarang bergelar Raja .. Wakakak !!!

Ese kayoooo !!

Raden berkata ..
“Aku adalah ulama asing yang datang dari Pulau Jawa. Hanya sementara waktu saja saya memimpin masyarakat Islam Jawa berkat keizinan Sang Prabu (Raja Majapahit). Berbeza dengan kamu. Kamu orang Jawa tulen, turun-temurun orang Jawa yang memiliki Pulau Jawa.”

Nah sekarang kalian tahu siapa aku .... Undur semua !!! Nyah kau dari sini.
Raja sebenar sudah bangun dari tidur .. Berikan aku kuasa !! Kan ku ambil semua kerusi EXCO yang ada. Yang gelap bercermin mata, "Cis siapa nama kau !!" Lagak mu serupa Zombie. Merompak di siang hari, menipu hari hari. Apa mau jadi pada kamu?"
Siapa Radenjowo?

Asal-usul Raden Jowo tidak diketahui dengan jelas. Sesetengah ahli sejarah mengatakan beliau datang dari Palembang. Sesetengahnya mengatakan beliau dari keturunan kacukan Jawa dan Cina, dan yang lain pula menyatakan beliau berketurunan raja Majapahit. Mengikut huraian terakhir oleh Prof. Slamet Mulyana dalam bukunya “Runtuhnya Kerajaan Hindu Jawa dan Timbulnya Negara-negara Islam di Nusantara”, Raden Jowo adalah putera Kertabumi, raja Majapahit (1466-1478) dengan seorang puteri Cina. Atas desakan isteri Kertabumi yang lain, puteri Cina yang hamil itu telah diberi kepada Bupati Palembang untuk dijadikan sebagainya isterinya. Di Palembang itulah Raden Jowo dilahirkan. Beliau dipelihara oleh bapa tirinya antara tahun 1487 hingga 1493. Raden Jowo enggan menjadi Bupati Palembang untuk menggantikan bapa tirinya itu, dan dia bersama Raden Kusen, adik tirinya telah belayar ke Tanah Melayu pada tahun 1578.

Wakkk !!! Bangun hari sudah siang.

8 comments:

Head Shot said...

salam wak...wak bloglist kan blog aku kat blog kau buleh tak?? saje wak, sharing is caring.tq wak

Unknown said...

betul k cerita ni wak?

Anonymous said...

wak,
kekadang bila kita terlanjur ke dalam egotisme dan jumud dgn ideolog, itu petanda awal syirik kafi.

gua harap wak renungkan pendirian wak. muhasabah diri dan jangan terapong dlm pesona bloga. jadilah org yg berjaya di hadapan Allah, bukan bloga yg berjaya menyebar permusuhan.

radenjowo said...

waliloro,
InsyaAllah ... masih beringat.
Selesaikan ..dan sambung cerita selepas.

"Wakkk !!! Bangun hari sudah siang."

Wakakakak !!!

radenjowo said...

cathenclox,

Politik tiap hari pun jemu.

Kat dapur umah wak ada magge asam pedas, maggee goreng, maggee kari...

Hari ni semua tu pun dah tak sedap. Jom kita makan nasi, goreng telur dan jelantah ikan. Wakakak !!!

radenjowo said...

the hazim,

Sudah di senaraikan, rajin rajin lah memblog kan diri.

Wakakakak !!!

Anonymous said...

Kah kah kah
Wak ramai terkena.
Wak mimpi kat gunung Semanggol tu.

Anonymous said...

perlu di pikirin dong,

1. Merentas ombak tinggi dan halangan hantu kopek berdacing biru, melintas lah jua para laksamana dan Raja mereka ke dunia baru,

2. Kalau bukan kerana lanun lanun yang sudah datang lebih awal, mungkin wak sekarang bergelar Raja ..

3. Raja sebenar sudah bangun dari tidur .

4. Lagak mu serupa Zombie. Merompak di siang hari, menipu hari hari.