Pakatan sedia hadapi pilihan raya kecil, SPR bertemu esok


Kenyataan bertulis yang diperolehi daripada Pegawai Khas ADUN Behrang,
Firdaus Saharuddin selepas beliau selesai membaca kenyataan
dan menjawab soalan para wartawan pada sidang media
ringkas hari ini. - fotoBERNAMA


PETALING JAYA:
Kerajaan Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak sudah memulakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil membabitkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika kemelut "kesahihan" kekosongan itu masih menjadi teka-teki.

Esok, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti perkembangan tersebut - setelah menerima notis kekosongan dan surat, dipercayai mempersoalkan kesahihan notis kekosongan, daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Changkat Jering pagi tadi.

"Hari ini cuti (bagi Wilayah Persekutuan), esok kami adakan mesyuarat dalaman, sebelah pagi dan kami akan teliti kandungan surat itu," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini. [read more]

1 comment:

tok iskandar said...

Kedua Exco PKR Perak disimpan Najib untuk berlatih menghafal skrip seperti Saiful Bukhari mengaku diliwat.Kalau kedua-dua Exco ni mengaku diliwat,bukan sahaja Tok tapi satu Malaya termasuk orang UMNO sendiri takkan percaya citer dongeng ni.

Najib sekarang ni dah setaraf dengan Biro Pengaduan Awam.Kena liwat jumpa Najib dan kena dakwa rasuahpun jumpa Najib.

Tok tak nampak Najib akan menang jika bawa kes dua exco PKR ini ke mahkamah.Hakim Pak Lah yang control,bila-bila masa je boleh sabotaj usaha Najib.

Jamaluddin kata ambik MC pasal sakit belakang dan pergi berubat di Pekan.Nampak gayanya tukang urut,doktor yang bagi mc antara saksi utama kes ini jika Najib beria-ia benar untuk ke mahkamah.

Seorang pakar undang-undang dari UM ketika ditemubual pihak NTV 7 telah menegaskan jika ada saksi yang menyaksikan kedua-dua samdol ini menandatangani surat aku janji perletakan jawatan jika lompat parti,peluang Najib untuk menang kes ini akan musnah.

Realitinya,kebodohan Najib akan tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan menjadi bahan jenaka masyarakat antarabangsa.

Najib tentu tidak mahu digelar badut politik.tak dapat tidak untuk menunjukkan kejantanannya UMNO dan BN perlu berdepan dengan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil DUN Behrang dan Changkat Jering.


Tok tak paham kenapa wakil rakyat UMNO tak sedar-sedar lagi walaupun kebodohan najib tak dapat ditutup lagi dan politik kotor yang dimainkan oleh UMNO telah menambahkan kebencian rakyat terhadap parti luput tarikh itu.

Bersama bodyguardnya,MCA yang cuba mengembalikan imejnya,usaha dijalankan untuk memancing ADUN DAP untuk menyertai MCA.Akhbar The Star sekarang berperanan seperti Utusan Meloya menyebarkan fitnah sesuka hati bagi mengelirukan pemikiran rakyat.

Najib dah kena checkmate.Pak Lah baru semalam tersenyum lebar sampai ke telinga mengumumkan ada beberapa ADUN PKR akan menyertai BN kini terlopong.Dulu tok pernah dengar Pak Lah kata lompat parti ini perbuatan yang tidak bermoral.

Itulah UMNO..Dulu,kini dan mungkin selama-lamanya pembohong.