Penduduk Hanya Mampu Melihat "Ditakluk" Pekerja Asing

JOHOR BAHARU, 15 Feb (Bernama) -- Penduduk tempatan yang tinggal di sekitar bandar Nusajaya hanya dapat melihat tanpa mampu berbuat apa-apa tentang kebanjiran ribuan pekerja asing pelbagai warganegara di taman-taman, pusat perniagaan dan kawasan perumahan penduduk yang lain.

Menurut mereka, bandar Nusajaya yang terletak dalam Iskandar Malaysia dan bakal menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor tidak lama lagi, bukan milik mereka lagi tetapi sebenarnya telah "ditakluk" oleh pekerja asing.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Nusajaya Datuk Abdul Aziz Sapian meminta Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA) serta pihak berkuasa tempatan menangani dengan segera kebanjiran pekerja asing di Nusajaya yang bebas bergerak tanpa sebarang kawalan.

"Ribuan pekerja asing ini telah menceroboh pelbagai kemudahan awam yang disediakan untuk penduduk tempatan seperti padang permainan dan pusat rekreasi di taman-taman sekitar Nusajaya dan menjadikannya milik mereka.

"Apa yang terjadi ketika ini adalah Nusajaya serta pekan sekitarnya seperti Gelang Patah dan taman-taman perumahan yang lain kelihatan seperti sebuah koloni pekerja asing," katanya kepada Bernama dalam temuramah baru-baru ini. [read more ]
Wakakak !!! jadi anjing nyalak bukit la woiiii ... !!!
Benda ni orang dah cerita lama dah ...
Wey ... jangan buat lawak la. Selagi KDN buat bodoh, korang pun jangan lah buat pandai.
Tengok je la .. kalau ada perompak masuk ghumah .. korang bukak je la pintu.
Masa perompak tu keluar, nkorang tahan ... tanya dia. "Dah ambik semua ke?" Wakakaka !!!
Kalau perompak datang tak bawak kereta .. nkorang tolong la hantarkan. Wakakak !!

2 comments:

Muizz said...

hmm.
ni cter lama la.
hu3.
:P

sape pnyer dasar?
huk3.
pikir2 la ye.
:P

Gelombang Rakyat said...

Radenjowo...

Lama dah pakar kata jangan...

Depa wat gak.

Dia itu memang fantang dicabar..!

Jika dicabar, no point, sebab iya turu...