Peringatan buat Khalid Ibrahim - Tok Iskandar

Fokus utama BN sebenarnya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum Perak.

Isu 48 ekor lembu korban yang dituduh MB Selangor kononnya salahguna kuasanya untuk kepentingan peribadinya.Hasrat nak pergunakan Sultan Selangor desak Khalid Ibrahim letak jawatan tapi gagal kerana Khalid lawan balik dan gertak nak saman Khir Toyo.

Tok nak peringatkan Khalid,elok kau tukarkan SUK Selangor tu pasal dia spesis yang sama dengan SUK Perak.

Kemudian di Perak,UMNO peralatkan Sultan Azlan untuk halang pembubaran DUN Perak.Akhirnya UMNO berjaya merampas kuasa pemerintahan negeri.

Kemudian,UMNO menghantar orang-orangnya menghantar memo kepada Sultan Kedah mendesak diambil tindakan terhadap exco Kedah yang dituduh bela perempuan simpanan.Taktik UMNO gagal kerana perempuan tu bini mudanya.

Nampak tak?UMNO menyorok belakang Sultan pasal tak cukup jantan nak lawan kebangkitan rakyat.Jika menentang dituduh derhaka.

UMNO akan memainkan sentimen derhaka kepada Raja Melayu.Seingat Tok dulu UMNO yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu.

Kerajaan Pakatan rakyat perlu lebih berhati-hati dengan kakitangan awam termasuk SUK yang jadi musang berbulu ayam.

Mulai sekarang tiada lagi lembut hati atau belas kasihan,tukarkan sahaja mereka.SUK Selangor sekarang terlibat dengan perjanjian menyambung kontrak membekalkan air kepada Syabas ketika DUN Selangor dah bubar untuk membolehkan PRU12 diadakan pada Mac 2008.

4 comments:

Pengasas said...

Salam PakRaden,
Terima kasih kerana sentiasa update berita.
Masih di lokasi ke?
Sungguh aktif, macam ayahnya juga.
Syabas dan tahniah.

Shitsurei Shimashita said...

sudah ku agak inilah cara bangsatwan Melayu memperkudakan raja2 ygn tah apa kejanya. Kerana takut hilang takhta ikutkan sahaja.

TOLONG BAGITAU KHALID IBRAHIM TUKAR SUK DIA CEPAT2 DGN CARA SELAMAT. YELAH SUK RAPAT DGN SULTAN SELALUNYA.

semut said...

Assalamualaikum wbkt...

YAB Tan Sri saya mohon maaf kerana menggangu tapi saya rasa saya perlu tulis samada YAB Tan Sri baca atau tidak itu perkara yang lain yang utama pada saya, saya telah menyatankan sesuatu seandainya sesuatu berlaku saya tidak akan terkilan kerana saya telah laksankan tugas dan tanggungjawab saya, tindakan segera mesti dibuat:

1. Tukarkan segera Dato' SUK kerana kes Perak mengajar bagaimana SUK Perak menghalang MB masuk opis.

2.Tukar semua YDP PBT, apa yg berlaku di Perak bagaimana MBI telah diarah oleh Dato' Bandar Ipoh untuk membuat halangan dan kepungan bagi menghalang orangramai berkumpul, juga tidak membenarkan penggunaan stadium.



3. Tukarkan segera PWN dan PWN 1, 2 kerana segala cerita berkenaan duit dia beritahu pada musuh, kes melibatkan belanja kereta Tan Sri serta yang lain.



4.Tukarkan SUSK (Norzaton) - kerana segara rahsia pejabat MB sudah tidak jadi rahsia. Pada saya hampir semua pegawai kanan kerajaan ketaatanya masih pada kerajaan pusat.



5. Re structure segera GLC kerana di sinilah tempat UMNO bersarang. PNSB adalah contoh utama, dari atas sampai ke bawah dikuasai oleh UMNO. KDEB juga adalah gelanggang permainan mereka. Siala siasat bagaimana Khir Toyo gunakan wang PNSB membeli hartanah di Dubhai.



6. Lihat jga keperluan menutup beberapa anak syarikat kerajaan negeri. Jika diperhati setiap GLC utama punya berpuluh anak syarikat, namun jika diperhati terlalu banyak yang menjadi tapak permainan duit peringkat atasan.



7. Apa keperluan penasihat-penasihat ekonomi seperti Saifudin Morat, Tricia Yeoh, Dr Anuar jika hingga kini tidak nampak satu anjakan jelas. For the record Saifudin Morat pernah membawa projek orang Khir Toyo ke MTES! Period.



8. Hentikan memimpin dan usha membawa masuk mantan-mantan Guthrie dan PNB dalam pentadbiran Selangor. Jangan sampai nanti anda dituduh cuba meng Guthrie kan Selangor. Macamlah orang lain bodoh sangat.



9. Tahukah tuan bahawa ada arahan kepada semua pegawai federal bahawa mereka akan dinaik pangkat cepat jika berusaha menggoyang kerajaan Selangor??


Sedarlah wahai saudaraku, kita duduk dalam gelanggang yang di kelilingi musuh.



Saya hanya menyatakan pandangan saya, pertimbagan utama pada Tan Sri. Terkasr bahasa harap terima. Wsalam.

Anonymous said...

Teringat aku komen AMK Samsul Iskandar Mat Akin dalam Mesyurat Agong Keadilan dengan ucapanya...ada benarnya tukarkan saja mereka-yang dahulu meluluskan dan mengendalikan projek2 kerajaan negeri. Mreka ini lah tali barut bee-end