Pesan terakhir Arwah YB Roslan Shaharum

Rakyat Perak diharap tidak melupakan UMNO/BN yang membuat kerajaan rakyat Perak mempunyai Kerajaan Haram,kerajaan rampasan kuasa.Pemimpin BN cuba mengalih isu kerajaan haram dengan melaga-laga Dato' Seri Nizar dengan Sultan.Media tajaan UMNO memanipulasikan bahasa istana yang digunakan rakyat sewaktu mengadap Baginda Sultan.

Contohnya perkatan Sembah Derhaka,digunakan oleh MB Pakatan Hj Nizar adalah untuk tidak bersetuju dengan pandangan DYMM Sultan,bukannya ingin menjadi penderhaka. UMNO /BN yang bersalah menubuhkan kerajaan haram ,cuba menggalakkan rakyat memberontak ke atas DYMM Sultan Perak."Kita jangan terperangkap dengan rancangan jahat UMNO" tegas Hj Roslan sewaktu ditemui di rumah ibunya.

"Begitu juga kita tidak memusuhi anggota keselamatan jikalau kita memerintah Malaysia mereka juga berkhidmat dengan kerajaan rakyat" ujar Hj Roslan.

Dalam pada itu Hj Roslan juga berharap semua Ketua Kampung pilihan rakyat terus berkhidmat kerana kontrak perkhidmatan sehingga 2010."Tuan-tuan perlu memikirkan rakyat",tambah Hj Roslan.

"Kemudahan saya sebagai Pengerusi Yayasan Perak telah ditarik,kereta Pengerusi Yayasan telah diambil,sedangkan saya mempunyai tempoh sebagai Pengerusi Yayasan Perak selama dua tahun" terang Hj Roslan lagi .

Menurut Hj Roslan semua dermasiswa dan bantuan pendidikan untuk rakyat Perak telah dibekukan. Bagi Hj Roslan beliau akan terus memasuki pejabat seperti biasa.

Sementara itu PAS Kawasan terus bermunajat kehadrat ALLAH swt memohon memberi pengajaran yang besar kepada Osman Jailu. Pada malam ini 8 Februari 2009,pukul 8.30 malam di Pusat Tarbiyyah Kawasan Bukit Gantang, Bukit Cempedak.

zahidyusof.blogspot.com
Sebarang perkembangan majlis pengkebumian Allahyarham sila kunjungi pemudabesut
dan cinaislam

1 comment:

Anonymous said...

pemergianmu tidak akan disia siakan.Pesanan mu akan dijadikan semangat.Pengganti mu akan lebih hebat.Tidurlah dengan nyenyak bersama orang orang yang solleh.Sesungguhnya Allah memilihmu...Al fatihah