Program Sultan Perak Bersama Rakyat selasa ini ditangguh

IPOH 8 Feb. - Majlis Mesra Bersama Rakyat bersama Sultan Perak yang dijadual Selasa ini di Batu Gajah dekat sini, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah ditangguh kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, Sultan Perak berkenan untuk menangguhkan majlis itu setelah menimbangkan faktor keselamatan rakyat.

''Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah menitah Ketua Polis Perak untuk menyampaikan taklimat situasi ketenteraman awam dan keselamatan di negeri ini.

[read more]

No comments: